Wednesday, January 1, 2014
Pemikiran yang pelik dari pemimpin Umno
Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah

UMNO dan BN Akan Gugur Macam Cempedak Busuk...!!!

Isu "gulingkan kerajaan" hanyalah lagu lama yang didendangkan kembali untuk menekan suara rakyat.
Sedangkan sebenarnya UMNO BN tidak perlu diguling. Jangkahayat pemerintahannya sudah tamat dan ia akan gugur dengan sendirinya tanpa perlu digulingkan. Ia akan gugur ke tanah macam cempedak busuk. Tiada siapa lagi yang mengiginkannya.
Itulah hukum kebenaran dan keadilan.
Senarai checklist kesalahn UMNO BN yang menyebabkan berbilion wang rakayt hangus:
RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA
Buat pertama kali dalam sejarah Laungan Selamat Tahun Baharu diganti Hidup Rakyat
'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'

Penasihat PM sekarang sudah tak boleh pakai...
Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: December 30, 2013
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.
Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.
"PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.
"…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.
"…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat," katanya dalam penulisan terbarunya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.
"Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.
"Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri," katanya.
Jangan hanya umum 11 langkah...
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 1, 2014
SHAH ALAM - Kerajaan diingatkan supaya tidak meletakkan usaha penjimatan kepada 11 langkah sahaja, sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi bagi mengurangkan perbelanjaan negara.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah itu tidak bersifat menyeluruh kerana melibatkan beberapa pihak sahaja.
"Walaupun tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu sebagai langkah awal untuk penjimatan, tapi ia mesti juga diperluaskan dengan perkara selain daripada yang diumumkan.
"Jangan hanya terhenti sahaja di situ, sebaliknya perlu mencari kaedah lain bagi mengurangkan perbelanjaan negara," katanya.
Menurutnya, walaupun pemotongan itu nampak positif daripada kerajaan, bagaimanapun kos bebanan sara hidup rakyat masih belum dapat dikurangkan.
"Apa yang diumumkan Perdana Menteri itu masih lagi membuatkan rakyat terasa terbeban kerana harga barangan semakin naik. Jadi saya tidak tahu apa rasionalnya pengumuman itu.
"Pengurangan yang turut melibatkan penjawat awam bagi pegawai kanan pula tidak seramai penjawat awam yang berpangkat biasa. Jadi mungkin tidak banyak yang dapat dijimatkan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata, selain mengumumkan pemotongan elaun menteri, kerajaan perlu berusaha mengurangkan bebanan hidup rakyat.
"Apabila kenaikan taraf hidup mendadak, jadi rakyat akan kurangkan perbelanjaan, sekaligus tiada pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam negara," katanya.
Turun beri amaran kepada Najib berhati-hai sebab ada orang sedang nak TURUNkannya..!!
– Mohd Sayuti Omar
Barang Naik Harga, Najib Naik Rosmah
Menjelang kenaikan kadar tol, rebat 20% juga ditarik balik
Sambutan 2014 : Cilakak Guan Eng tak mesra rakyat langsung, tengok Mukhriz kat Kedah..
Seronok sungguh orang Kedah bulan 12 nie...
Ada JOM HEBOH
Ada Pesta MAGIKAL
Ada tarian Pusat
BN MENANG KEDAH SENANG LAH KATAKAN...
Siapakah PM baru MALAYSIA selepas NAJIB digulingkan semalam..?
10,000 banjiri KL, kerajaan tak 'terguling'
12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka. Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu.
"Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau. Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam.
11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam. Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata “baliklah” dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan.
11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup.
Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas. 11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi.
Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya.
10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN. Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan.
"Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia. "Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud “Bankrap Negara”.
Tuan Ibrahim: BN berjaya 'kurangkan' beban rakyat
OLEH: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: December 31, 2013
SHAH ALAM - Kerajaan BN telah berjaya "mengurangkan" beban rakyat ketika berbelanja dengan RM100 di pasar.
"Cuba kita imbau balik, dulu kalau kita pergi pasar bawa RM100 pelbagai barang kita boleh beli sampai terbeban kita nak bawa balik rumah.
"Tapi sekarang tidak lagi, dengan RM100 yang sama kita sekarang tak akan terbeban lagi kerana dengan RM100 itu tak banyak barang yang boleh kita beli," sindir Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman Facebooknya, hari ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang turut berkata, sebenarnya BN telah berjaya mengurangkan beban rakyat. Cuma rakyat saja tak berapa perasan sebab sibuk nak hentam kerajaan BN.
"...terbukti dengan jelas dan fakta bahawa kerajaan BN telah berjaya meringankan beban kita rakyat Malaysia hendak mengangkat barang yang dibeli.
"Tahniah BN," tulisnya lagi.