TERKINI :

Sunday, December 28, 2014

Pulau Pinang sumbang RM1.5 juta, kerjasama Firefly bantu mangsa banjir


http://www.worldstatesmen.org/my-p.gif
GEORGE TOWN, 27 DIS: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM 1.5 juta bagi membantu mangsa banjir Pantai Timur, umum Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh.

Beliau memaklumkan sebahagian dari sumbangan akan digunakan bagi membeli keperluan asas seperti susu tepung, tuala wanita dan air minuman.

Menurut Phee, kerajaan negeri turut mendapat kerjasama syarikat penerbangan Firefly yang menawarkan bantuan untuk menghantar semua sumbangan yang dikumpulkan.

“Syarikat penerbangan Firefly memberikan kerjasama yang baik dengan menawarkan khidmat menghantar barangan dari Pulau Pinang ke Kota Bharu.

“Mereka antara syarikat terawal berusaha menyediakan khidmat menyelamat mangsa banjir dari Kota Bharu dan Kuala Terenggan,” kata Phee dalam satu kenyataan.

Phee turut menyeru orang ramai untuk menyumbang dalam bentuk barangan dan boleh terus dihantar ke Kompleks Masyarakat Penyayang atau menghubungi di talian 04-2264531 atau 04 2264531.

Sumbangan boleh diserahkan pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu beliau memaklumkan kerajaan negeri turut membuat persediaan bagi menghadapi bencana banjir terutamanya di kawasan tanah

Menurut Phee, pihaknya kini bersedia menyelaras pengurusan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Kebajikan Malaysia mengikut prosedur lazim sekiranya bencana banjir berlaku. – Roketkini.com

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...