TERKINI :

Thursday, December 11, 2014

PKR umum pimpinan baharu, Dr Azman Ismail jadi Pengerusi MPN Kedah

Wan Azizah Wan Ismail  
Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA - PKR mengumumkan lantikan baharu pimpinan parti itu termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik menjadi Ketua Penerangan manakala Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab Pengerusi Lembaga Disiplin.

Abdul Hadi menggantikan penyandangnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

"Abdul Hadi adalah Ketua Cabang Tanjung Malim dan Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR.

"Beliau dilantik sebagai menepati fokus PKR untuk menerapkan disiplin yang lebih baik dalam parti dalam persediaan menghadapi PRU. Akan datang Insya-ALLAH Pilihanraya Negeri Sarawak tak lama lagi. Pelantikan beliau akan menjadikan PKR, parti yang paling ramai pimpinan dari Angkatan Tentera," katanya.
Berikut senarai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri:

Perlis: Muhammad Fisol Abd Rahman

Kedah: Dr Azman Ismail

Wilayah Persekutuan: Dr Idris Ahmad

Negeri Sembilan: Aminuddin Harun

Pahang: Datuk Fauzi Abd Rahman

Terengganu: Azan Ismail

Kelantan: Abd Aziz Kadir

Sabah: Datuk Lajim Ujin

Sarawak: Baru Bian

Pulau Pinang: Datuk Dr Mansor Othman

Perak: Mohd Nur Manuty

Melaka: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Johor: Hassan Karim

Selangor: Mohamed Azmin Ali

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...