TERKINI :

Thursday, December 11, 2014

Kelab jutawan M'sia berkembang pesat

 
  Lebih daripada 26,000 orang di Malaysia mempunyai aset bernilai sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.49 juta), tidak termasuk kediaman utama mereka, kata firma penyelidikan, WealthInsight Intelligence Centre Database.

Kekayaan jutawan ini, yang membentuk kurang daripada 10 peratus daripada jumlah penduduk, setara dengan sekurang-kurangnya 96 tahun pendapatan seorang isi rumah Malaysia.

Golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, demikian mehurut statistik rasmi.

"Dengan penduduk seramai hanya 28.3 juta, Malaysia mempunyai jumlah jutawan yang sama dengan negara-negara yang lebih padat penduduk seperti Indonesia, yang penduduknya berjumlah 237.6 juta.

"Ini menunjukkan potensi besar untuk pertumbuhan jutawan di Malaysia," kata penganalisis WealthInsight Tom Carlisle dalam laporan itu.
 

Dalam laporannya mengenai kekayaan di Malaysia yang dikeluarkan semalam, WealthInsight berkata bilangan jutawan di Malaysia telah melonjak 45.5 peratus, manakala kekayaan mereka meningkat 59.6 peratus dari 2009 hingga 2013.

Jumlah gabungan kekayaan mereka ialah AS$151 bilion (RM527.87 bilion) - hampir dua kali ganda saiz bajet negara bagi 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...