TERKINI :

Monday, December 15, 2014

Jika majority nak hudud melalui suara demokrasi di Parlimen, DAP kena terima - Mahfuz

DAP kena terima hudud ikut saluran demokrasi

KUALA LUMPUR - DAP perlu menghormati semangat demokrasi termasuk menerima keputusan suara majoriti jika usul Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dibawa ke Dewan Rakyat, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata DAP tidak boleh menghalang usaha Pas membawa usul itu untuk diluluskan di Parlimen kerana ia adalah hak demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak.

"Saya (Pas) tidak boleh minta PR gugurkan prinsip demokrasi dan saya tidak boleh minta gugurkan konsep demokrasi.

"Semua itu kerana kembali kepada proses demokrasi termasuk di Kelantan (laksana hudud)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang memberi amaran kepada pimpinan PR supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika menang pada PRU14.

Guan Eng juga menegaskan kepimpinan PR perlu menyatakan pendirian yang jelas dan tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...