TERKINI :

Saturday, November 8, 2014

Takan Umno sahaja yang bantah akan isu jual arak secara borong, Pas mana....???????

Umno Serdang bantah cadangan pasaraya besar jual arak secara borong

Hasrat sebuah pasaraya besar untuk menjual minuman keras secara borong mendapat tentangan Umno Serdang kerana mendakwa kawasan berkenaan terdiri daripada majoriti umat Islam.

Ketua pemudanya, Ahmad Yani Ahmad Aziz berkata selama ini Serdang boleh dikatakan bebas daripada minuman beralkohol dan jika cadangan itu diluluskan ia akan memberi kesan kepada kawasan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti.

“Pemuda Umno mendapat pelbagai keluhan daripada penduduk Bangi yang resah dengan cadangan tersebut kerana lebih 70% daripada mereka adalah beragama Islam.

“Kami memohon dan mendesak pihak yang membuat pemohonan tampil memberikan penjelasan kepada penduduk Bandar Baru Bangi tentang permohonan lesen itu,” katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Ahmad Yani berkata pihaknya sedang menjalankan proses pungutan suara untuk diserahkan kepada Lembaga Perlesen Daerah Hulu Langat selain menghantar notis bantahan kepada Aeon Big (M) Sdn Bhd sebagai reaksi awal kepada notis pemberitahuan yang disiarkan di akhbar, lapor akhbar itu.

Melalui satu ruang pemberitahuan di akhbar, Aeon Big (M) pada Selasa menjelaskan sudah memohon lesen menjual minuman keras jenis borong kepada pihak berkuasa tempatan. – 8 November, 2014.[MI]

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...