TERKINI :

Saturday, November 8, 2014

Selepas Khyril kini BAD pulak dok pikiaq tawaran Pahang

BADROL BAKHTIAR PERTIMBANG SERTAI JUARA PIALA MALAYSIA 2014

http://4.bp.blogspot.com/-_107rhtTFMo/U1Tk0BMJy1I/AAAAAAAAeGg/1RgyyKIKFgI/s1600/baddrol.jpg 

ALOR SETAR, 7 Nov: Penyerang Kedah, Badrol Bakhtiar mengesahkan menerima tawaran daripada Pahang untuk menyertai pasukan itu musim depan.

Bagaimanapun, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Menurut Badrol, beliau memerlukan sedikit masa untuk memilih pasukan mana yang akan disertai atau terus kekal di Kedah.

"Memang Pahang ada menawarkan tawaran ke Pahang, so tawaran itu masih lagi dalam pemikiran sebab masa ini saya masih ada kontrak 2 minggu lagi dengan kedah, so saya akan pikirkan tawaran dari Pahang itu.." Katanya kepada Berita RTM ketika ditemui di Johor hari ini.

Sementara itu, beliau turut akan melihat ganjaran lumayan yang mengutamakan kebajikan kepadanya.

Badrol yang sedang menjalani latihan bersama pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF 2014, antara pemain utama yang menjadi buruan utama skuad Tok Gajah bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Hafiz Kamal selepas pemain Pahang terbabit bakal berhijrah menyertai Polis bagi saingan Liga-M musim depan.

Selain Badrol, Khyril Muhymeen Zambri turut dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Negeri Sembilan dan Kelantan antara pasukan yang menunjukkan minat terhadap pemain itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...