TERKINI :

Friday, November 28, 2014

Pesanan untuk Ustaz Sampul, 'Dakwah Just Do it, bukan Just Duit'

Zamri: 'Dakwah Just Do it, bukan Just Duit'

Zamri Vinoth 
 Zamri Vinoth

SHAH ALAM - Moto berdakwah adalah ‘Just Do It, bukan Just duit,’ demikian menurut Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth.

Zamri berkata, tugas berdakwah adalah tugas setiap umat Islam, jadi umat Islam tidak perlu mengharapkan apa-apa ‘habuan’ daripada apa yang telah mereka lakukan.

“….bilamana kita buat (berdakwah), jangan takut buat silap tapi takut untuk ulangi kesilapan.

“Macam mana kita hendak buat kalau kita takut,,,kita takut silap, sebenarnya kesilapan mengajar kita agar jadi lebih bagus.

“Berdakwah ada objektif iaitu ingin mengajak manusia selamat di akhirat..jadi kita fikir objektif itu sahaja, berdakwah dulu…jangan fikir pulangan, kerana ada ‘pulangannya’ nanti,” katanya menerusi siri Wacana Cabaran dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan cara berdakwah kini, Zamri berkata, corak berdakwah sekarang perlu pembaharuan kerana ada ketikanya cara tersebut sudah ketinggalan zaman.

“Zaman Rasullulah dahulu dakwah sudah kontemporari, tetapi kini kita masih membuat dakwah cara lama.

“Jadi kita perlu tukar pendekatan kita, bayangkan cara ceramah yang terlalu lama, ianya kadangkala tidak praktikal, pendengar hanya akan memberi fokus dalam lima belas minit sahaja, yang selebihnya mereka akan hilang fokus.

“Untuk itu satu kajian Research and Development (R&D) perlu dilakukan bagi memastikan objektif dakwah di negara ini tercapai selaras dengan perkembangan zaman sekarang,” katanya.

1 comment:

ismail said...

As salam.cara dakwah kena p jumpa manusia n then cakap tentang pentingnya agama dalam kehidupan n akhirat.tq.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...