TERKINI :

Monday, November 10, 2014

Peniaga Pekan Rabu belum sedia berpindah

Pekan Rabu yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar, Kedah
Pekan Rabu yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar, Kedah akan
diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang. – UTUSAN/Safrizal Azmi


ALOR SETAR 2 Nov. - Bukan niat mahu mem­be­rontak atau ingkar, namun bagi sebahagian daripada pe­niaga di Pekan Rabu yang di­arahkan berpindah ke Ukir Mall mulai se­malam, masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum mereka sedia berbuat demikian.

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati, rata-rata peniaga masih be­lum mahu berpindah serta merungut mengenai tahap keselamatan dan kedudukan kedai di Ukir Mall yang didakwa mereka diberikan tanpa ada perbincangan antara peniaga dengan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad.

Menurut peniaga ba­rangan ibadat dan pakaian, Abu Bakar Nyak Othman, 77, faktor keselamatan menjadi kebimbangan utama me­man­­dangkan terdapat ruang besar antara ja­ring besi­ dan dindin­g di lokasi per­niagaan mereka di Ukir Mall.

"Memanglah kami diberitahu terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dan pe­ngawal di sana selain bangunan yang tertutup rapi. Te­tapi kerisauan itu tetap ada kerana jaring besi itu tidak langsung kukuh selain kewujudan ruang besar tersebut.

"Kami tidak kisah ten­tang ruang perniagaan yang kecil dan sedia ber­pindah sementara ke­­rana telah dua kali berbuat demikian ketika Pe­kan Rabu diubah suai sebelum ini. Tetapi, pas­tikanlah segalanya be­tul seperti yang pernah diberikan kepada ka­mi ketika berpindah se­men­tara di hadapan Pekan Rabu dahulu," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 1951.

Sebelum ini Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Ahmad Ghazi memberitahu, pu­sat operasi bagi kira-kira 370 peniaga di Pekan Rabu akan dipindahkan sepenuhnya ke Ukir Mall di sini mulai semalam.

Perpindahan itu bagi memberi laluan kepada pembinaan se­mula pusat tarikan pelancongan tersebut yang dijangka ber­mula November ini mem­babitkan pe­runtukan sebanyak RM53 juta.

Sementara itu, se­orang lagi peniaga pa­kaian, Rokiah Daud, 63, kecewa kerana men­dakwa diberikan ruang perniagaan yang tersorok di Ukir Mall sehingga menimbulkan kebimbangannya mengenai kedatangan pelanggan.

"Di Ukir Mall, mereka bina ruang perniagaan menggunakan papan di dalam ruang kedai sedia ada. Dalam setiap kedai, disediakan se­kurang-kurangnya tiga ruang perniagaan bagi memuatkan semua ka­mi di situ.

"Masalahnya, pe­ngun­jung tidak akan perasan kewujudan kedai di be­lakang sekali dan itu yang terjadi pada saya.

"Hanya ini sahajalah usaha saya mencari makan dan disebabkan bimbang hilang pelanggan, saya akan terus kekal di Pekan Rabu ini sehingga ada penyelesaian," katanya.

Dalam pada itu, peniaga ma­ka­nan kering, Mahani Abd. Ka­rim memberitahu, dia bersedia berpindah dari Pekan Rabu ke tempat baharu tersebut walaupun berat hati untuk berbuat demikian memandangkan ruang disediakan untuknya menjalankan perniagaan agak kecil dan tidak selesa.

"Ruang perniagaan kami pe­niaga makanan kering diletakkan di kawasan parkir. Tentu sekali ini menyebabkan rasa tidak selesa pengunjung yang terpaksa berpanas dan berhujan untuk datang ke gerai kami.

"Tetapi apa boleh buat, keadaan di Pekan Rabu ini sudah teruk dengan banyak tempat yang bocor dan perlu dipulihkan segera. Setakat ini kami hanya menanti rak meletak kuih siap sebelum berpindah ke sana dalam minggu hadapan," ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...