TERKINI :

Sunday, November 23, 2014

Peniaga bantah MBAS kutip RM20 sebulan

ALOR SETAR – Lebih 30 peniaga Pasar Kampung Berjaya, kesal tindakan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenakan caj air RM20 mulai November.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiau Leung berkata, pendekatan digunakan MBAS keterlaluan kerana berbincang dengan peniaga.

“Beberapa hari lalu, peniaga terima notis daripada MBAS memaklumkan mereka perlu membayar caj penggunaan air RM20 setiap bulan.

“Sebelum ini, mereka tidak dikenakan sebarang caj air dan caj terlalu tinggi berbanding kadar penggunaannya,” katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan itu tidak relevan kerana penjual yang tidak menggunakan air juga terpaksa membayar caj.

Peniaga sayur, Cheah Poh Lock, 52, berkata, beliau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan itu.

“Saya hanya jual sayur dan tak guna air. Tetapi saya dipaksa bayar RM20 setiap bulan.

“Bagaimana saya nak bayar sedangkan saya tidak menggunakan air. Ini tidak adil pada saya,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...