TERKINI :

Friday, November 7, 2014

Pakat pakai la baju jantan betina selepas nie, mahkamah dah kata boleh...

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan
BY V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

 Lelaki transgender di luar Mahkama Rayuan hari ini, mencabar enakmen Syariah Negeri Sembilan yang menghalang mereka berpakaian wanita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 7 November 2014.
Lelaki transgender di luar Mahkama Rayuan hari ini, mencabar enakmen Syariah Negeri Sembilan yang menghalang mereka berpakaian wanita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 7 November 2014.

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal.

"Kami membenarkan deklarasi yang diminta oleh (tiga) perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.

Hishamuddin dalam keputusannya berkata perlembagaan diwujudkan melindungi minoriti dari kezaliman majoriti.

Tiga lelaki transgender beragama Islam mencabar peruntukan itu kerana melarang mereka berpakaian silang jantina, dan mendakwa ia melanggar hak perlembagaan mereka yang menjamin kebebasan bersuara, pergerakan dan hak hidup secara terhormat. – 7 November, 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...