TERKINI :

Wednesday, November 26, 2014

Orang Melayu tiada pilihan jika bergabung

NIZAM ZAIN November 24, 2014

SHAH ALAM - Orang Melayu perlu memilih antara Pas dan Umno untuk menguatkan kedudukan dan martabat mereka dan bukan gabungan kedua-dua parti itu.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, jika gabungan itu berlaku, orang Melayu didakwa kehilangan pilihan dalam menentukan parti yang boleh diharapkan memperteguh dan mengembalikan kewibawaan dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

"Malang sungguh nasib orang Melayu negara ini yang diperintah oleh parti yang kononnya memperjuang nasib mereka, namun hakikatnya kedudukan dan status orang Melayu hari ini semakin terhakis.

"Berapa banyak tanah-tanah rizab Melayu yang dijual kepada kroni parti pejuang Melayu kerana mendambakan keuntungan berganda.

"Berapa ramai orang Melayu dihalau dari kampung tradisi oleh pemerintah yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, semalam.


[ARTIKEL BERKAITAN:Bimbang Melayu jadi macam Red Indian]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad semalam yang mengatakan orang Melayu akan terpinggir jika DAP menjadi kerajaan Persekutuan.

Katanya, gabungan itu penting untuk memastikan hak Melayu dan orang Islam tidak digugat oleh DAP seperti mana yang menimpa kaum Red Indian di Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata orang Melayu akan menjadi mulia hanya dengan Islam.

"Bahkan semua kaum akan menjadi selamat dengan Islam.

"Islam mempunyai garis panduan yang jelas bagaimana mengangkat martabat manusia mengikut neraca yang dikehendaki oleh Allah SWT," ujarnya.

Tambah Suhaizan, Pas adalah parti yang sepatutnya menjadi pilihan baharu orang Melayu kerana Umno yang diharapkan selama ini didakwa telah tergelincir dari landasan menjaga kepentingan Melayu.

"Jadi, buatlah pilihan. Mahu terus Umno mewakili orang Melayu atau menyerahkan kepercayaan kepada Pas dengan menguatkan sokongan kepada Pas dalam pilihan raya," katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...