TERKINI :

Thursday, November 20, 2014

MEMALI..!! AKU tidak mudah lupa..!!

Ridzwan Abu Bakar

http://2.bp.blogspot.com/-VMzfVE4W6jw/UlVDBHYCSKI/AAAAAAAAAAo/Yjlrd7xE3Zg/s1600/as2.jpg
Selepas solat Asar pada 19 Nov 1985 (29 tahun yang lalu), perlembahan ilmu Derang yang damai dikejutkan dengan kehadiran segerombolan "soldadu" yang datang untuk "menyiasat" dan "mengambil" dua orang anak penjenayah (seperti yang digambar dan digemburkan), anak-anak tarbiah yang sedang asyik membaca Ma'thurat masing-masing tertanya "apa yang sebenarnya berlaku?" "pasai apa soldadu terlalu ramai?", "nak tangkap sapa?". "salah apa?" dan puluhan soalan berlegar dan bermain dalam benak-benar anak-anak Markaz Tarbiah Islamiah (nama lama bagi Ma'had Tarbiah Islamiah, Derang).

Rupanya pada pagi itu, penjenayah (istilah yang digunakan oleh Musa Hitam dan mereka yang bersama dengannya) telah dibunuh dalam satu serangan keatas rumahnya di Kg Memali, Baling Kedah. Tidak cukup dengan hanya membunuh sang ayah, penguasa yang rakus pada waktu itu telah menangkap seluruh anggota keluarganya (termasuk anak yang masih menyusu - Nurusshuhada binti Ibrahim), itupun belum cukup untuk memuaskan nafsu serakah sang penguasa, mereka "ligan" dua orang lagi anak beliau yang sedang "mengaji" di Markaz Tarbiah Islamiah Derang. Mereka seakan mahukan seluruh anggota keluarga ini di"masuk"kan kedalam,barulah negara ini akan aman damai.

Soalnya, apakah "jenayah" yang dilakukan oleh "penjenayah" ini?, tidak lain dan tidak bukan "jenayah" besar beliau kerana beliau tidak bersama pemerintah, beliau bangun menuntut hak rakyat, yang antara lainnya adalah "hak bersuara", dan keenganan beliau dari tunduk kepada akta zalim ISA (akta keselamatan dalam negeri). "Penjenayah" yang dimaksudkan adalah Ustaz Ibrahim Libya yang berusaha dan berusaha untuk memperjuangkan "terwujud sebuah masyarakat yang bertaqwa" di negara Malaysia yang dicintainya,seorang yang sanggup meninggalkan jawatannya yang tinggi di KL dan kembali ke lembah Memali dengan hasrat dan niat untuk "mencerdikkan" ummat, kerana hanya ummat yang cerdik sahaja akan "berani" dan "mampu" bangun membela dirinya sendiri dan berbakti kepada ummat.

Bayangkan, insan sebaik itu - dan hanya kerana berbeza pandangan politik serta desakan dari pimpinan UMNO Baling -, mereka sanggup mengepung rumahnya dan akhir mereka "membunuh" secara rakus dan membabi buta. Tak cukup sekadar itu, anak yang hanya berusia 9 dan 7 tahun (Mohd Islah bin Ibrahim dan Ihsan bin Ibrahim) pun di"buru" oleh pemerintah sehingga ke perlembahan ilmu Derang untuk turut ditangkap. Namun, usaha mereka tidak berjaya, terima kasih Ustaz Bukhari dan insan lain yang telah berjaya "menyelinap" dua anak kecil ini keluar dari bumi Derang pada ketika itu.

Sesungguhnya sejak dari detik itu, nama Memali dan kekejaman UMNO tidak pernah aku lupakan, aku antara saksi peristiwa "ligan" anak kecil tersebut ketika aku juga masih anak kecil. Aku yakin UMNO masih belum berubah dengan dendam kesumat mereka, lalu aku tidak "redha" dan "rela" bertuankan UMNO.

Rupanya, peristiwa itu telah berlalu 29 tahun yang lalu...... itu zaman mereka di"zalimi" kerana perjuangan, sekarang adalah zaman kita melebarkan kedamaian yang diperjuangkan.

9.03 pagi / Ulangtahun ke 29 mengigati kezaliman UMNO kepada rakyat Memali di Perlembahan Derang (Saksi bisu terhadap kerja zalim UMNO mengejar anak yang tidak besalah).

Katakan TIDAK kepada UMNO/BN !

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...