TERKINI :

Saturday, November 8, 2014

KJ : Dexamethasone untuk rawat kecederaan

Bahan dexamethasone yang ditemui dalam ujian doping atlet badminton negara diambil untuk tujuan pemulihan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mengulas penggantungan sementara atlet itu, Khairy menjelaskan masih terdapat banyak kekeliruan berkenaan bahan tersebut.

"Atlit itu diberikan dadah untuk tujuan perubatan memandangkan beliau menjalani rawatan untuk kecederaan," kata Khairy sewaktu ditemui pada satu majlis di gedung membeli-belah di ibu negara.

Menurutnya, bahan itu tidak dilarang penggunaannya pada sepanjang masa.

"Bahan itu hanya dilarang sewaktu kejohanan berlangsung," kata Khairy yang turut menafikan desas-desus yang bertiup mendakwa atlet tersebut mengambil dadah untuk tujuan rekreasi.

"Tidak, malah dexamethasone bukan dadah untuk meningkatkan prestasi," kata KJ lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...