Zainab menadah beberapa besen setiap kali hujan turun kerana bumbungnya rumahnya yang banyak telah bocor. 
 Zainab menadah beberapa besen setiap kali hujan turun kerana bumbungnya rumahnya yang banyak telah bocor.

NAKA - Seorang ibu tunggal dari Kampung Masjid Lama, Mukim Tekai Kiri, dekat sini terpaksa menadah air hujan yang menitis dengan besen berikutan bumbung rumahnya yang sudah usang dan bocor.

Warga emas, Zainab Che Mat, 72, struktur binaan yang semakin mereput akibat dimakan anai-anai menyebabkan rumahnya sering bergoyang sekiranya berlakunya ribut di kawasan itu.

"Jika ribut, makcik terpaksa berteduh di rumah saudara berhampiran.

"Pernah beberapa kali bumbung rumah ini diterbangkan angin dan setiap kali hujan, makcik juga terpaksa menadah besen atau zink di atas rumah supaya air hujan tak membasahi lantai rumah," katanya.
Menurutnya, selepas suaminya, Ariffin Ahmad meninggal dunia, dia tidak mampu membaiki rumahnya itu kerana kini dia hanya bergantung pada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan.

"Macam mana makcik nak baiki rumah yang semakin buruk ini kerana nak makan pun kadang kala tak cukup," katanya.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengadu masalah itu kepada beberapa agensi kerajaan dan dimaklumkan pihak berkenaan akan turun padang membuat pemantauan tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.

“Mak cik merayu supaya ada pihak dapat membantu membaiki rumah ini supaya setiap kali ribut makcik tidak lagi merasa takut untuk tinggal keseorangan seperti sekarang ini,” katanya yang turut menghadapi penyakit kencing manis.