TERKINI :

Sunday, November 2, 2014

JBPM Kedah siap sedia hadapi banjir

Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim
Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim

Ahmad Shahabudin menunjukkan sebahagian persiapan menghadapi musim banjir di negeri Kedah di Ibu Pejabat JBPM Kedah, Alor Setar, kelmarin. – Bernama

ALOR SETAR 29 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah kini berada dalam keadaan bersiap sedia jika gelombang banjir melanda negeri ini.

Ketua Pengarah JBPM Kedah, Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti kesemua peralatan operasi banjir yang perlu dan meletakkannya dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

“Semua aset dan kelengkapan yang diperlukan untuk menghadapi banjir juga sentiasa dipantau agar berada dalam keadaan baik.

“Pihak kami juga baru sahaja menerima 10 bot aluminium yang akan diletakkan di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang selalu dilanda banjir,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM di sini ibu pejabat JBPM Jalan Tun Razak di sini semalam.

Menurut Ahmad, dalam persediaan operasi banjir bagi tahun ini Pelan Kontigensi Banjir juga telah disiapkan sepenuhnya dan anggota bomba yang terlibat diberi latihan secara berterusan untuk menghadapi keadaan tersebut.

“Latihan seperti menyelamat dalam air, latihan inter-agensi dan sebagainya sentiasa dijalankan bagi memastikan anggota kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

“Kita bukan minta bencana banjir ini namun kita perlu bersedia menghadapinya kerana kea­daan cuaca yang tidak menentu,” jelasnya.

Tambahnya, pihak JBPM juga telah mengenal pasti 568 kawasan di beberapa daerah di negeri ini yang berisiko tinggi dilanda banjir jika hujan lebat turun secara berterusan.

Jelasnya, antara kawasan tersebut ialah daerah Langkawi, Kubang Pasu, Baling, Kota Setar, Padang Terap dan sebagainya.

“Sehingga kini tiada laporan mengenai gelombang banjir melanda negeri ini dan hanya terdapat banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan.

“Pihak kami juga sentiasa memantau paras air sungai di negeri ini dan bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan Dan Saliran negeri,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...