TERKINI :

Friday, November 28, 2014

Inilah antara bukti PAS ganti UMNO...!!!

Nukilan dari Syssss..!!!

http://www.pisau.net/wp-content/uploads/2013/06/pas-ganti-umno.jpg

Lihatlah dahulu apa UMNO sedang lakukan kepada PIMPINAN mereka...


kini cuba baca pula petikan SINAR di bawah ini...
Presiden Pas ada kuasa buat keputusan sendiri

http://3.bp.blogspot.com/-lR7O0DL70Hs/VFi16vroHNI/AAAAAAAAH98/mjDrAN8e00Y/s1600/Dr%2BMahfodz%2Bvs%2BGuan%2BEng.jpg
SHAH ALAM - Presiden Pas mempunyai kuasa membuat keputusan berbeza daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengikut perlembagaan parti itu.
Ahli Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini kerana Presiden Pas juga merupakan ahli kepada MSU, badan tertinggi dalam Pas.
“Jadi sekiranya presiden membuat keputusan, sudah tentu ia dirujuk kepada Majlis Syura, bukan pandangannya sendiri.
“Kalau Jawatankuasa Kerja Pas Pusat buat keputusan, Majlis Syura Ulama boleh keluar dengan keputusan lain. Ini kerana, Majlis Syura Ulama mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” katanya, semalam ketika ditanya mengenai sindirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan sikap presiden sebuah parti dalam PR yang menolak keputusan jawatankuasa parti itu.
Meskipun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu, namun dipercayai ia merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.
Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan MSU menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun pencalonan itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan pimpinan DAP serta PKR.
Dalam pada itu, Mahfodz turut mengingatkan DAP agar tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.
“DAP sendiri memiliki badan tertinggi parti yang berbeza. Jadi jangan samakan dengan Pas kerana perlembagaan setiap parti berlainan,” katanya,
Beliau berharap tiada lagi isu berbangkit mengenai krisis Menteri Besar Selangor memandangkan ia sudah selesai.
“Sepatutnya benda yang dah berlalu tak perlu diungkit lagi. Kalau ada salah silap, kita kena tolak ansurlah,” katanya.


Sumber : KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...