TERKINI :

Friday, November 7, 2014

Demo KLCC: 'Hutang peneman kubur'

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 100 orang mengadakan himpunan aman 'Turun Beban Rakyat’ di hadapan bangunan KLCC hari ini.Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa NGO lain itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, sebelum berarak ke kawasan pintu masuk bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat Petronas itu.

Antara lain, tujuan himpunan ini adalah bagi membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.Mereka antara lain membawa plakad bertulis "Minyak Naik", " Getah Jatuh", "Jangan curi duit poket kami", "Hutang peneman kubur rakyat" dan "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher".

Sebahagian mereka juga turut memakai baju berwarna merah berlogo "R" iaitu merujuk kepada royalti.Selain itu, satu memorandum turut diserahkan kepada pihak Petronas berhubung tuntutan bayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila pihak petronas enggan menerima memorandum secara terbuka, sebaliknya mahu menerimanya di dalam bangunan dengan membenarkan hanya wakil sahaja masuk.

Bagaimanapun ia dibantah perserta himpunan yang mahu melihat memorandum itu diterima sendiri oleh pihak petronas di hadapan mereka.Turut serta dalam himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, AJK Dewan Muslimat Aiman Athirah dan Setiausaha

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...