TERKINI :

Sunday, November 2, 2014

DAP: Pakatan pecah jika tak tunai komitmen, janji

 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihatkan rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa gabungan pembangkang itu boleh berpecah jika ada parti komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, tiada beza sama ada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu  menunaikan komitmen dan janji.

Lim menegaskan sama ada Pakatan hidup atau mati bergantung kepada ketiga-tiga parti berpegang kepada perkara itu sekaligus menepis dakwaan bahawa Pakatan akan "habis" tanpa ketokohan Anwar.

"Apa gunanya Anwar bebas dan bersama kita, kalau ada parti komponen Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin, tak tunaikan, tak pegang kepada komitmen.

"Saya nak tegaskan selagi kita tak boleh pastikan komitmen-komitmen dibuat, saya rasa tak ada guna," kata Lim dipetik oleh KiniTV di Konvensyen DAP Kuala Lumpur hari ini.

"Dan itulah sebabnya di peringkat nasional, sungguhpun kita ada mesyuarat untuk Pakatan Rakyat, tapi saya rasa dia kurang berkesan selagi perkara ini tidak diputuskan," katanya lagi.

Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, Lim berkata partinya tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti yang berubah-ubah dalam keputusan yang dibuat.

"Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai akan dilaksakankan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap, ini ditolak oleh presiden.

"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak urus dengan parti macam ini," katanya sambil menegaskan DAP berpegang pada prinsip sejak ditubuhkan dan sanggup bergerak sendirian demi menjaga prinsip parti.

Lim berkata perjuangan Pakatan Rakyat tidak bergantung kerana Anwar semata-mata, malah perjuangan mereka membela pemimpin PKR itu disebabkan kezaliman yang menimpanya.

"Tapi untuk Pakatan terus wujud dan saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim pun akan setuju dengan saya, (bahawa) ketiga-tiga parti mesti pegang kpd persetujuan atau komitmn yang dicapai.

"Kalau ini tak dapat dilaksanakan saya rasa, di peringkat nasional susah macam ini. kita akan berlaku ssatu keadaan negeri-negeri akan buat keputusan mereka masing-masing dan saya rasa ini kena fikir baik-baik.

"Kalau kita tak mahu keadaan sedemikian, di mana negeri-negeri akan buat keputusan masing-masing, kalau tak ada panduan jelas daripada atas," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...