TERKINI :

Tuesday, November 11, 2014

Bung: Kenapa 'raba' badan penumpang?

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan kaedah pemeriksaan ke atas badan penumpang ke atas penumpang di pintu pelepasan penerbangan.

Katanya, pemeriksaan di pintu keluar itu sepatutnya menggunakan seperti di negara maju.

Namun, Malaysia masih lagi melakukan pemeriksaan dengan tangan memeriksa badan penumpang.  

"Apa ini raba-raba? Kalau orang Sabah kita panggil meramas.

"Saya gelilah kena raba-raba ini. Kalau perempuan yang raba lain sikit," kata Bung sewaktu berucap di Dewan Rakyat.

Menurutnya, polis yang melakukan pemeriksaan badan itu juga tidak mempunyai cara yang seragam apabila memeriksa penumpang.

"Berapa kos kita melatih polis ini untuk meraba-raba. Lain polis lain cara merabanya.

"Cara meraba pun lain-lain... Ada yang meraba keras, ada yang meraba lembut," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar syarikat Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) memasang mesin pengimbas badan untuk tujuan itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...