TERKINI :

Monday, November 10, 2014

banyak kementerian jadi 'anak haram jadah'

PAC terkejut lebih banyak kementerian bakal dipanggil kerana laporan audit

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed terkejut kerana lebih banyak kementerian bakal dipanggil jawatankuasanya berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 3 yang baru didedahkan hari ini.

Beliau berkata, PAC akan memanggil 13 kementerian dan dua agensi berdasarkan kepada laporan tersebut dan prosiding dijangka bermula pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Kita pun rasa terkejut, kali ini isu banyak di mana kita dapati ia cukup serius untuk dipanggil," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Pertambahan mungkin kerana kebanyakan audit dibuat serentak dengan pembentangan bajet di Parlimen."

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, di antara kementerian yang akan dipanggil segera adalah Kementerian Pendidikan berhubung program 1Bestarinet dan Kementerian Kesihatan bagi pembinaan hospital di Shah Alam.

Laporan Audit Negara mendapati projek 1Bestarinet yang bernilai ‎RM663 juta mempunyai tahap penggunaan yang sangat rendah.

Laporan itu men‎yatakan penyambungan Internet ke 4,176 tapak pengguna lewat disiapkan, antara 12 ke 439 hari dari tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Tambahan, tiada lanjutan masa dilakukan dan kontraktor tidak dikenakan denda lewat sejumlah RM2.4 juta.

Jazlan berkata bagi prosiding kategori program, PAC bakal memanggil Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KKWPK).

"Ia berkenaan dengan program 1 Azam ‎di mana laporan audit mendapati terdapat beberapa isu mengenai pemilihan peserta tidak melalui sistem e-kasih, juga justifikasi pemilihan bagi 22 pembekal barangan bernilai RM8 juta tidak dapat dipastikan," katanya.

1 Azam merupakan program di bawah seliaan KKWPK yang menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Selain itu sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan bertujuan menjalankan siasatan mengenai isu yang timbul sepertimana dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

"Jawatankuasa ini akan bertindak menyiasat apa yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara sebelum ia dibentangkan di Parlimen," katanya.

Beliau berkata prestasi pengurusan kewangan kementerian tidak ditegur dalam audit negara termasuk di peringkat negeri.

Tambahnya, surat teguran pengesahan penyata kewangan 2013 dikenakan terhadap Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Finas, Lembaga Pembangunan Seni Visual, Lembaga Wakaf Hindu Penang, Perbadanan Aset Keretapi, dan Perbadanan Perusahan Kecil dan Sederhana. – 10 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pac-terkejut-lebih-banyak-kementerian-bakal-dipanggil-kerana-laporan-audit#sthash.szXVo3Fp.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...