TERKINI :

Monday, November 17, 2014

Akibat kurang beberapa millimeter...!




OPERASI yang sedang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khususnya yang berkaitan dengan nombor plat kenderaan sekarang bukan sahaja mengelirukan bahkan menyusahkan orang ramai.

Baru-baru ini kawan sepejabat saya memberitahu bahawa dia baru sahaja disaman kerana nombor plat keretanya tidak menepati piawaian yang dikeluarkan oleh JPJ.

Yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah keretanya baharu sebulan dibeli dan nombor plat dipasang oleh pihak syarikat penjual kereta. Beliau mempertikaikan adakah semua pengeluar dan penjual tidak dimaklumkan tentang piawaian tersebut? Sepatutnya saman dikeluarkan kepada syarikat penjual kereta terbabit. Lainlah jika pembeli sendiri yang disyaratkan memasang nombor plat tersebut.


Yang kedua, dia disaman hanya kerana perbezaan beberapa milimeter sahaja (bukan sentimeter tau!) daripada jarak ukuran yang JPJ tetapkan. Adakah tidak ada timbang tara dan tolak ansur dalam hal ini?

Sepatutnya hanya ubah suai yang keterlaluan sahaja yang patut disaman, bukan termasuk yang hanya berbeza beberapa milimeter.

Apabila saya menunjukkan nombor plat motosikal saya. Kawan saya memberitahu bahawa saya boleh di saman! Itulah plat yang sama ketika saya membeli motosikal ini setahun yang lalu. Kegilaan apakah ini? Adakah kerajaan sudah terlalu terdesak kekurangan wang sehingga sanggup mendera rakyatnya dengan peraturan yang pelik-pelik?

Saya berharap kerajaan mengkaji semula operasi yang sedang dijalankan oleh JPJ sekarang ini, tetapi teruskan menyaman mana-mana kenderaan yang mengubah nombor platnya secara keterlaluan. – HARAKAHDAILY 12/11/2014

E

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...