TERKINI :

Monday, November 17, 2014

Adakah 4 EXCO PAS yang memerintah bersama Khalid tahu berkenaan isu RM2.5j?

MBI bincang isu bayaran RM2.5j minggu ini


Isu berhubung sejumlah RM2.5 juta yang didakwa diberikan kepada pembantu menteri besar Selangor yang lalu akan dibincangkan pada minggu ini dalam mesyuarat lembaga Menteri Besar Incorporated (MBI) sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Selangorkini semalam melaporkan Menteri Besar Azmin Ali berkata demikian dan menjelaskan bahawa satu laporan penuh berhubung perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat exco pada 12 November.

"Laporan itu sudah dibentangkan dalam MMKN, pada 12 November lalu tetapi kita akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat bersama MBI dan putuskan apa tindakan seterusnya," katanya seperti dilapor oleh portal berita itu semalam.

Minggu lalu ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar dalam twitnya bertanya mengenai laporan berita bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula wang berkenaan daripada pembantu Tan Sri Khalid Ibrahim.


Sementara itu, Khalid dilapor berkata beliau tidak tahu menahu mengenai jumlah sebenarnya bayaran itu tetapi mendakwa ia telah "mengikut semua prosedur."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...