TERKINI :

Sunday, November 30, 2014

'Bukan sahaja ahli di bawah, pemimpin di atas juga diuji'


KUALA KANGSAR: Ahli PAS mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta melahirkan kritikan selagi mana ia berada di dalam lingkungan adab dan akhlak berjamaah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata bukan satu kesalahan untuk kita memberi pandangan yang berbeza dalam perkara yang dibenarkan.

Namun katanya, ia perlulah dibuat dengan penuh tanggungjawab bukannya emosi dan hentam semberono.

"Medium media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Youtube itu sepatutnya dijadikan medan untuk kita menyerang musuh bukannya menembak sesama sendiri.

"Perbuatan memberikan gelaran, label yang buruk sesama kita juga adalah penyumbang ke arah kekeruhan dan ketegangan di dalam parti.," ucap beliau pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

Najib Oh Najib, Dulu Haramjadah, Sekarang Bangang Pula!!


Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO semalam, meskipun Presiden UMNO, Najib Razak menyentuh banyak perkara seperti usaha menguatkan parti, rasuah, undi Cina, solidariti, serangannya kepada pembangkang dan banyak lagi, tetapi satu-satunya perkara yang terus menjadi bualan ramai ialah "bahasa kasar" yang diluahkannya kepada blogger pro UMNO.

Dalam meluahkan rasa kurang senangnya dengan sesetengah blogger pro UMNO yang dibayar dan dibiayai tetapi akhirnya menembak pemimpin sendiri, Najib menyifatkan mereka itu sebagai "bangang".

"Blogger ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri, tak masuk akal. Bangang," katanya dalam ucapan penggulungan itu.

Dalam perbualan atau sebutan seharian, "bangang" lebih kurang membawa maksud bodoh, tolol, dungu atau lain-lain seumpamanya yang berupa suatu bentuk penghinaan kepada seseorang atau kumpulan.

Hudud...bola sekarang berada di kaki kerajaan Kelantan


Hudud: Menteri serah pada K'tan


Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

BN hilang kuasa jika undi merosot 2% di PRU14, kata Muhyiddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada ahli Umno supaya bekerja keras memastikan senario tewas di PRU14 tidak berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya hilang cuma 2% lagi undi.

Timbalan presiden Umno itu berkata, ahli Umno perlu bekerja keras bagi mengelakkan senario itu berlaku dan meningkatkan peratusan undi sebanyak 5% untuk meneruskan kelangsungan Umno dan BN.

“Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).

"Kurang dari 112 kerusi bermakna BN pasti kalah. Minta dijauhkan,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Pelancongan burung bakal dipromosi di Langkawi

http://misabrainture.files.wordpress.com/2011/09/dsc_0196.jpg
LANGKAWI - Langkawi yang direkod mempunyai lebih 230 spesis burung bakal dijadikan kawasan pelancongan burung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.

Beliau berkata, turut terdapat tiga spesis burung enggang di pulau ini iaitu Kenyalang Besar atau Enggang Papan (Great hornbill), Enggang Gunung (Wreathed hornbill) dan Enggang Kelingking (Oriental Pied hornbill).

Lebih menarik 104 ekor Enggang Papan telah dapat direkod, katanya kepada pemberita sempena pameran burung Asian ke-5 di Oriental Village hari ini.

"Bird-tourism sangat berpotensi untuk dibangunkan di Langkawi dan mampu memberi faedah yang tinggi kepada penduduk," tambahnya.

AFF Suzuki: Tahniah Harimau Malaya!

 AFF Suzuki: Tahniah Harimau Malaya!
DATUK Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya di atas kejayaan skuad negara  menumpaskan pasukan Singapura pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub malam ini.
  
"Tahniah Harimau Malaya berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir! #AFFSuzukiCup," kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.
  
Kemenangan itu, hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin, membolehkan Malaysia menempah slot separuh akhir bersama-sama juara Kumpulan B, Thailand.  

Saturday, November 29, 2014

Beranikah Najib Mendakwa Jurucakap Perhimpunan UMNO Dengan Akta Hasutan?

oleh Shahbudin Husin,

http://2.bp.blogspot.com/-iRwNKh37Nzs/UGpZfHY0-ZI/AAAAAAAABLk/8wKoKa_NM00/s1600/najib+tidoq.jpg
Beberapa cabaran kini menanti Najib Razak di sebalik keputusannya untuk terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 di perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu setelah dua tahun lalu berjanji mahu memansuhkannya.

Kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat yang gembira dengan pengekalan Akta Hasutan tidak akan berhenti setakat ini saja. Mereka kini bakal menumpukan tekanan agar Najib mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.

Kejayaan menekan Najib sehingga Akta Hasutan tidak jadi dimansuhkan adalah kejayaan bagi kumpulan ini dan sekaligus merupakan "lesen besar" untuk mereka melakukan gugatan yang seterusnya.

Berbanding Akta Hasutan, lebih ramai golongan kanan ini berpendapat bahawa menghapuskan ISA adalah salah satu tindakan "paling bodoh" yang dilakukan Najib selaku ketua sebuah kerajaan.

Jelas bahawa mereka ini belum cukup puas hati selagi ISA dan Ordinan Darurat tidak dikembalikan sama. Mereka hanya benar-benar gembira dan puas hati dengan kepimpinan Najib jika beliau sanggup memulihkan semula semua akta-akta tersebut.

Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Terkini Pada 1 Disember

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel terkini pada 1 Disember turun sebanyak 4 Sen dan 9 Sen mulai 1 Disember 2014. Seperti sedia maklum, subsidi bagi bahan api RON95 dan Diesel akan dihapuskan oleh kerajaan mulai 1.12.2014 dan mengikut sepenuhnya harga pasaran semasa.

Menerusi pekeliling yang tersebar, harga runcut bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter.

Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen.

Pada masa yang sama, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Pada 1 Disember

Harga petrol terkini bagi RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Disember 2014 adalah seperti berikut:

RON95 RM2.26 seliter - turun 4 sen seliter
RON97 RM2.46 seliter - turun 9 sen seliter.
Diesel RM2.23 seliter - naik 3 sen seliter.

Singapura tewas 1-3, Malaysia mara separuh akhir Piala AFF Suzuki

Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol di Stadium Nasional Singapura. Malaysia menewaskan Singapura 3-1 dan layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. – Gambar Reuters, 29 November, 2014.
Penyerang Malaysia Mohd Safee Mohd Sali meraikan gol di Stadium Nasional Singapura. Malaysia menewaskan Singapura 3-1 dan layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. – Gambar Reuters, 29 November, 2014.

Malaysia menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengalahkan Singapura 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, di Singapura, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa perlawanan.

Penyerang Mohd Safee Mohd Sali menjaringkan gol pada minit ke-61, diikuti jaringan melalui tendangan penalti oleh Safiq Rahim pada minit ke-91, dan kemudian oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-94.

Pemain Singapura Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menjaringkan gol tunggal pada minit ke-83.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap

SARINA ISMAIL | 29 November 2014.

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?

"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.

Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.

Sepatutnya Ustazah Kening Nipis nie kena dakwa di bawah akta hasutan yang Najib kekalkan..!!

DUA wanita Melayu, satu Cina dan satu India telah membuat laporan polis terhadap seorang Ustazah Umno yang juga dikenali sebagai ustazah kening nipis kerana menyebarkan cerita bohong dan fitnah, di Perhimpunan Agung Umno PWTC.

Cerita bohong yang disebarkan oleh Ustazah kening nipis ini dilihat sengaja mahu menimbulkan kekacauan dan huru-hara apabila memfitnah, kononnya berlaku tindakan membakar Al-Quran oleh orang Cina di Kedah untuk upacara sembahyang mereka.

‎Laporan Polis dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching, turut hadir Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya dan ahli parti DAP, Syefura Othman.

Kenyataan Ustazah Kening Nipis itu jelas sekali bercanggah dengan kenyataan media, MB Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menjelaskan bahawa tiada kejadian orang Cina membakar Al-Quran, sebaliknya Al-Quran dimaksudkan telah dikoyak oleh seorang lelaki Melayu yang mengalami gangguan mental.

Di bawah ini kenyataan media rasmi Datuk Mukhriz Mahathir, Menteri Besar kedah.

Kenyataan fitnah Ustazah Kening nipis ni, jelas sekali mahu mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, siap mengajak orang Melayu bangkit pertahankan agama Islam bagai dalam Perhimpunan Agung UMNO tanpa usul periksa.

Sama-sama kita lihat Ustazah Kening Nipis ini akan didakwa di bawah Akta Hasutan, Seksyen 505 atau siasatan mendapati dia tiada niat menghasut hahaha...

Mahfuz : Ubahsuai kediaman memang kontraktor abang saya persoalan sekarang lanskap pokok kurma?

'Syarikat abang saya ubah suai kediaman rasmi MB'

 Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

"Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

"Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut," katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

"Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

"Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport," katanya.

Dakwa Cina bakar Al-Quran, PKR mahu Mukhriz gesa Mashitah mohon maaf

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.

“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.

Sudah-sudahlah tu Syahrizat, usah dikejar jawatan naib presiden Umno tuuu...!,,

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihat melupakan jawatan Naib Presiden UMNO dan kembali bermuhasabah diri.

Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Shahrizat juga diharap tidak terlalu mengejar jawatan dan berundur segera daripada jawatan yang dipegangnya kini dengan cara terhormat.

"Shahrizat harus muhasabah diri, janganlah terlalu dilihat kejar jawatan. Macam tidak wajar apabila dia menuntut kerusi Naib Presiden UMNO untuk Wanita.

"Macam dia sendiri, ada liabiliti...jadi jalan terbaik adalah berundur, habis cerita," katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kekal Akta Hasutan 1948, Najib perlu jawab kenapa mungkir janji


Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.

Ustaz/ustazah ekspres: Kritikan terhadap ucapan Masyitah

Ustaz/ustazah ekspres: Kritikan terhadap ucapan Masyitah
–Mohamad Zuhdi Mat Piah


Saya sudah dengar dan perhatikan ucapan Datuk Dr Masyitah Ibrahim berkaitan ustaz ekspres dan ustazah jadian.

Bagi saya, ucapan tersebut sangat dangkal dan bersifat iri hati.

Mana tidaknya, dulu Masyitah memang terkenal, boleh dikatakan semua daerah menjemputnya utk forum ceramah dan sebagainya, tak cukup dengan itu, radio tv semua dijelajahnya.

Maka ramailah yang suka kepadanya, tak kira tua muda, lelaki dan wanita, termasuklah diri saya.

Menantu Presiden PAS : Sila cabar saya di luar Parlimen

Zaharuddin Muhammad  
Zaharuddin Muhammad

SHAH ALAM - Sila cabar saya di luar Parlimen, demikian menurut Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharuddin Muhammad berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan Islamic State (IS).

Katanya, tuduhan tersebut didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sewaktu dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Saya merujuk kepada tuduhan beliau yang menyebut saya menyokong IS. Perkara ini dimaklumkan rakan-rakan yang berada di persidangan Dewan Rakyat.

"Tuduhan ini juga telah dimuatkan dalam sebuah portal berita dan persepsi negatif sudah mula menular akibat tuduhan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan kuasa yang ada pada Parlimen, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?


Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama  
Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi topik perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu  berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

Pendang - Tak boleh motong, motong pulak seminggu RM70 nak sara anak beranak..!!

Makan nasi lauk kicap

Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya  
Zainab menjerang air di luar rumahnya sambil diperhatikan suami dan anak-anaknya

PENDANG - Nasi berlaukkan kicap sering jadi hidangan sebuah keluarga dari Kampung Batu 20/2, di sini, akibat kesempitan hidup.

Zainab Mat Isa 46, berkata, dia dan suami, Amran Awang Muhammad, 49, bekerja sebagai penoreh, namun pendapatan yang diperoleh sedikit akibat faktor cuaca.

Menurutnya, pendapatan seminggu hanya sekitar RM70 dan ia untuk membeli keperluan harian sahaja.

"Lebih menyedihkan, kami tidak mampu untuk bayar bil elektrik dan air,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pekan Serdang lumpuh seketika


Keadaan rumah kedai ditenggelami air sedalam satu meter mulai surut kira-kira jam 1.30 pagi.  
Keadaan rumah kedai ditenggelami air sedalam satu meter mulai surut kira-kira jam 1.30 pagi.

BANDAR BAHARU - Pekan Serdang lumpuh seketika apabila hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan banjir sehingga menenggelami kawasan itu, malam semalam.

Dari tinjauan dibuat, hampir 50 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan banjir sementara menunggu air surut.

Pelbagai pihak termasuk polis, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kulim Bandar Baharu bersama Ahli PKR Cabang Kulim Bandar Baharu dan Pas turun padang memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir di beberapa lokasi terlibat.

Ban sekitar sungai pecah

Penaung Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud ketika ditemui di pusat penempatan banjir Batu 16 Serdang berkata, antara punca utama berlakunya banjir besar disebabkan ban yang dibina di sekitar sungai pecah.

"Air sungai di kawasan Bandar Baharu melimpah mengakibatkan paras air naik dengan cepat.

"Kampung Majidee ditengelami air sedalam setengah meter, Kampung Lombong Batu 16 air sedalam satu meter manakala perumahan di sekitar jalan Bandar Baharu ditenggelami air sedalam 1.5 meter," katanya.

Friday, November 28, 2014

Apakah Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?

AHMAD DANIAL | 28 November 2014.

MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah.

Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)

Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.

"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.

"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani.

Inilah antara bukti PAS ganti UMNO...!!!

Nukilan dari Syssss..!!!

http://www.pisau.net/wp-content/uploads/2013/06/pas-ganti-umno.jpg

Lihatlah dahulu apa UMNO sedang lakukan kepada PIMPINAN mereka...


kini cuba baca pula petikan SINAR di bawah ini...

Gara-Gara Ucapannya, Perwakilan Umno Bakal Dipecat?

Sebagai doktor perubatan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dapat merasakan UMNO sekarang berada dalam keadaan sakit. Bagaimanapun, wakil dari Kedah itu berkata, walau di peringkat kronik sekali pun, UMNO masih ada peluang untuk diubati dan sembuh seperti sedia kala.

“Ada ubatnya untuk sembuhkan kesakitan yang dihadapi. Ubat itu ialah semua jentera UMNO dari tiga sayap kena menghayati matlamat dan perjuangan parti kemudian terjemahkan di peringkat akar umbi.

“Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, begitu juga UMNO. Parti ini boleh sembuh dengan suntikan semangat yang ditunjukkan oleh semua jentera,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ambil tindakan atau tukar segera pegawai tidak amanah di Cameron Highland tuu..!!

http://4.bp.blogspot.com/-6AYk7wYGLGY/VGbaNOB4Z3I/AAAAAAABE00/NQRzk5e9maQ/s1600/image.jpg
Cerita pendatang asing tanpa izin (PATI) bukannya baharu di Cameron Highlands. Ini sudah berleluasa beberapa tahun dan tiada sesuatu tindakan dilakukan untuk mengusir PATI di sana. Cakap saja banyak tetapi keadaan makin menjadi serius. Kalau ada lakukan tindakan yang betul-betul berkesan, bagaimana boleh wujudnya ‘bangla taikun’ di sana?

Saya berani kata mereka yang diamanahkan untuk menjaga Cameron Highlands untuk rakyat Malaysia sahaja telah lalai menjalankan tugas mereka. Mereka dipenggaruh dengan kemewahan hidup yang disuap oleh PATI untuk mereka bergerak dan buat apa-apa saja dengan bebas dan berani.

Semua pegawai kerajaan daripada jawatan tertinggi hinggalah terendah di seluruh Cameron Highlands perlu ditukar dengan segera untuk menghentikan gejala rasuah yang bermaharajalela di sana. Mereka ini mengkhianati amanah yang diberi kepada mereka.

LGE vs Khairy, Ketua Pemuda UMNO itu benar

oleh Aspan Alias


Khairy Jamaludin merasakan kekecewaan terhadap Lim Guan Eng kerana menggelarkan beliau sebagai rasis dan menyamakan Khairy dengan Isma dan yang lain. Saya tidak nampak di mana rasisnya kenyataan Khairy itu kerana beliau bercakap tentang agenda Melayu dan keistimewaan orang Melayu sebagai yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Bagi saya, Khairy hanya mahu melangsungkan apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan jika ada pihak yang mempersoalkan isu ini ia adalah perlanggaran terhadap perlembagaan persekutuan itu secara ‘head-on’. Itulah sebabnya kadangkala saya bersetuju untuk mengekalkan ‘akta hasutan’ yang sedang hebat didebatkan sekarang ini.

Lim Guan Eng selalu beretorik tentang ‘rule of law’ dan tidak henti-henti meminta semua pihak menghormati Perlembagaan Malaysia, tetapi dalam isu ini Lim Guan Eng sudah terbawa-bawa dengan perasaan prejudis terhadap Khairy atau sesiapa yang bersama dengan pandangan dan tindakan Khairy itu.

DAP buat laporan polis terhadap Mashitah sebab fitnah kata ada kes bakar Al Quran di Kedah

Bakar Al-Quran: Dyana Sofya, ahli DAP buat laporan polis terhadap Dr Mashitah


KUALA LUMPUR: Beberapa ahli politik DAP, hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim atas ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014, yang menyeru perwakilan supaya jangan menjadi majoriti senyap atas kejadian bakar Al-Quran di Kedah.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata laporan polis telah dibuat kerana kenyataan Mashitah langsung tidak bertanggungjawab.

“Kita telah mendapatkan kemerdekaan sejak tahun 1957, tetapi perkara seperti ini masih lagi berlaku.

“Saya tidak pasti sekiranya beliau berkata demikian semasa merujuk kepada kejadian seorang suspek dilaporkan ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar, atau tidak.

“Jika beliau merujuk kepada kejadian itu, siasatan polis telah mendedahkan bahawa suspek itu kurang siuman. Malah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pun sudah membuat kenyataan tentang kejadian itu.

Apabila Ketua Wanita PKR tak ada pendirian, maka bercakap pun dah jadi kong kalikong..!!

Apahal pulak Zuraida ni?.. Dulu tolak sekarang mintak..


Nampak tak selari dengan apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat selama ini agenda yang Zuraida nak bawa ni..

Bukan saja sejak dari PRU13 malah hingga selepas PRU13, BR1M dianggap sebagai umpan untuk membeli undi oleh Najib.

Dan selain itu BR1M juga adalah dianggap sebagai rasuah oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga menganggap pemberian BR1M oleh pentadbiran Najib ini tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat.

"Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

Dalam pong.. pang.. pong.. pang.. BR1M ini diserang oleh pemimpin Pakatan Rakyat.. tiba-tiba Ketua Wanita PKR ni menyokong pula..

KLIA2 Memang Bermasalah, inilah buktinya...!!


Sejak mula dibina kira-kira empat tahun lalu, klia2 yang menggantikan Terminal Tambang Murah (LCCT) itu tidak pernah sunyi daripada kontroversi.

Hari ini selepas lebih lima bulan beroperasi kepada umum, klia2 masih lagi 'panas'. Kali ini klia2 diselubungi masalah mendapan dan pergerakan tanah sedangkan lazimnya isu membabitkan kerja-kerja tanah diselesaikan sebelum sebarang projek dimulakan.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali mengesahkan mendapan tanah dan takungan air disebabkan terdapat perbezaan permukaan di kawasan apron (kawasan letak pesawat) dan taxiway (laluan pesawat) yang mana sebahagian struktur berada di atas cerucuk manakala sebahagian yang lain berada di atas tanah biasa.

Ini telah menyebabkan rekahan dan takungan air di beberapa kawasan di sekitar apron dan taxiways.

Lantaran itu, program penyelenggaraan khas merangkumi penyelesaian jangka pendek dan panjang telah dimulakan menggunakan perbelanjaan operasi MAHB sejak 19 Jun lalu hampir dua minggu selepas klia2 dirasmikan pada 6 Jun lalu.

Pengekalan Akta Hasutan Demi Untuk Najib Selamatkan Diri

oleh Shahbudin Husin,

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/06/najib-gigit-jari-e13724000573951.jpg 
Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.

Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.

Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.

Satu-satu isu yang terus diperkatakan oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.

Pesanan untuk Ustaz Sampul, 'Dakwah Just Do it, bukan Just Duit'

Zamri: 'Dakwah Just Do it, bukan Just Duit'

Zamri Vinoth 
 Zamri Vinoth

SHAH ALAM - Moto berdakwah adalah ‘Just Do It, bukan Just duit,’ demikian menurut Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia, Zamri Vinoth.

Zamri berkata, tugas berdakwah adalah tugas setiap umat Islam, jadi umat Islam tidak perlu mengharapkan apa-apa ‘habuan’ daripada apa yang telah mereka lakukan.

“….bilamana kita buat (berdakwah), jangan takut buat silap tapi takut untuk ulangi kesilapan.

“Macam mana kita hendak buat kalau kita takut,,,kita takut silap, sebenarnya kesilapan mengajar kita agar jadi lebih bagus.

“Berdakwah ada objektif iaitu ingin mengajak manusia selamat di akhirat..jadi kita fikir objektif itu sahaja, berdakwah dulu…jangan fikir pulangan, kerana ada ‘pulangannya’ nanti,” katanya menerusi siri Wacana Cabaran dakwah di Malaysia di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Tun M sindir Najib lagi, kali ini kerana soal solidariti

Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM  
Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir sinis Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berulang-ulang kali menyebut solidariti dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014, sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut perkara tersebut kerana masalah kesihatannya.

"Ia hanya berkenaan solidariti, maaf saya tidak sihat" katanya secara ringkas kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, hari ini.

Kedah perluas mural tarik pelancong


Pelancong mengambil kesempatan bergambar dengan pelbagai karakter kartun pada dinding di Pekan Semeling.  
Pelancong mengambil kesempatan bergambar dengan pelbagai karakter kartun pada dinding di Pekan Semeling.

ALOR SETAR - Kerajaan akan memperluaskan mural atau lukisan dinding di bangunan lama untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, kewujudannya di Semeling berjaya meningkatkan kehadiran pelancong ke situ dan ia boleh diteruskan ke seluruh negeri.

Bagaimanapun, lukisan itu perlu melambangkan ciri-ciri tempatan dalam memperkenalkan negeri jelapang padi itu kepada pelancong tempatan atau luar.

“Ia agak baru di negara kita namun mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada semua golongan termasuk kanak-kanak yang suka merakamkan gambar mereka.

Pendang - Masa nak bagi bantuan rumah satu kampung dicanangnya, tapi bila buat rumah haram tak siap..!!

Sedih rumah tidak siap

Che Yah bersama Hussain di dalam rumah yang terbengkalai pembinaannya.  
Che Yah bersama Hussain di dalam rumah yang terbengkalai pembinaannya.

PADANG PUSING - Seorang warga emas dari Kampung Pondok Chegar, di sini, memohon bantuan pihak sewajarnya untuk membantu menyiapkan pembinaan rumahnya yang terbengkalai hampir tiga bulan lalu.

Che Yah Jamaluddin, 84, berkata, rumah itu asalnya dibina dengan bantuan sebuah organisasi untuk membaik pulih rumah lamanya yang uzur namun, projek terbabit ditinggalkan dalam keadaan tidak siap.

Menurutnya, kini dia menetap di rumah wakaf berdekatan dengan rumah yang dibina terbabit.

"Kalau boleh makcik nak merasa tinggal di rumah yang selesa dan sempurna. Bila pulang dari masjid, makcik sedih melihat keadaan rumah yang dibiarkan begitu.

"Makcik sering tertanya-tanya kenapa mereka beri bantuan kalau tidak siapkan dengan sempurna dan dibiarkan begitu tetapi tidak tahu kepada siapa hendak mengadu," katanya.

MBAS - Gesa bayar cukai pintu elak sita

http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2014/01/Logo-Majlis-Bandaraya-Alor-Setar.pngALOR SETAR - Pemilik rumah serta premis kedai di bandar raya ini dinasihatkan agar segera menjelaskan bayaran cukai pintu agar tidak dikenakan tindakan sitaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, bagi tahun ini MBAS telah menyita 824 pegangan kepada pemilik kediaman dan premis perniagaan kerana gagal membayar tunggakan cukai yang melibatkan jumlah RM1.9 juta.

"Sitaan ini dibuat atas sebab pemilik kediaman dan premis perniagaan gagal menjelaskan cukai pintu walaupun telah diberikan notis. Selain sitaan pegangan, kita turut mengadakan operasi angkat terhadap 12 pegangan yang melibatkan jumlah sebanyak RM43,000," katanya dalam sidang media di pejabat MBAS di sini, hari ini.

Mat Noh berkata, tindakan akan dikenakan kepada pemilik yang gagal membayar tunggakan selepas tempoh 14 hari notis sita dikeluarkan dan jika pemilik masih gagal untuk menyelesaikan bayaran, barang-barang mereka juga akan turut disita.

"Bagi pembayar yang enggan menjelaskan bayaran, mereka akan dikenakan tindakan tetapi sebelum itu pihak MBAS akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menghubungi pemilik bagi mengingatkan supaya membuat pembayaran.

Thursday, November 27, 2014

Dengan dikekalkan AKTA HASUTAN, maka apa sudah jadi dengan AKTA KEHARMONIAN NASIONAL..??

KENYATAAN MEDIA: PEMBATALAN PEMANSUHAN AKTA HASUTAN

Merujuk kepada ucapan Presiden Umno dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan, saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tersebut.

1. Pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven. Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?

2. Sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan.

3. Pihak Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan. Bahkan draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana Menteri.

Selepas LEMAN & ABBY kini AISHAH pulak jawab MASHITAH..!!!

Dakwah artis: Aishah kecewa sikap golongan berilmu agama

KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Sudah masuk poket RM478k bodohlah jika kata tidak munasabah...!!!


Ala, masuk poket kau memang la munasabah. Cuba masuk poket aku, mesti kau pun terpekik dakwa aku munakualalumpur.

Ucapan dasar Najib kering dengan idea pembaharuan

ULAS PAU                                                                                                         

Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti.
Najib ambil tindakan tidak popular bagi Malaysia.
Sayang seribu kali sayang, selama hampir satu jam mendengar ucapan Najib menerusi televisyen, tidak ada apa-apa yang menarik diperkatakan Najib yang boleh saya kutik untuk membuat penilaian semula atau meletakkan Umno dilandasan perubahan daripada apa yang ada hari ini. Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunjang diperjuangkan parti itu. Tidak ada.

Apa yang ada ialah perulangan seruan Najib yang dibumbui kebimbangan Umno akan lemah dan seterusnya hancur kemudian kehilangan kuasa, dengan membuat seruan agar ahli Umno melakukan perubahan secara drastik dan bangkit memperkasakan parti. Ucapan Najib adalah pertukaran ayat dan baris daripada ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Perkataan yang dipopularkan kali ini ialah "solidariti". Najib tidak menggunakan istilah ukhwah.

Khalid Perlu Tampil Berdepan Isu Pampasan Bekas Kakitangan

http://3.bp.blogspot.com/-jYJF7hHz9_w/UAho_ciCpNI/AAAAAAAAES0/kp9s0HAbkjk/s400/khalid-ibrahim-1.jpg
Isu pampasan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah isu yang besar dan perlu ditangani dengan telus. Saya telah menerima satu email yang menyatakan mengenai jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan kepada formula 30% daripada gaji yang didarabkan dengan jumlah tempoh bulan perkhidmatan. Media juga telah menyatakan bahawa terdapat juga bayaran ganti kepada notis tiga bulan.

Jumlah pampasan yang diterima menurut sumber email dan bayaran ganti kepada notis tiga bulan yang didedahkan media adalah seperti berikut :

Nama : Faekah Hussin
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Eksekutif MBI
Pampasan 30% : RM 585,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 114,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 699,000

Nama : Rohani Dato' Talib
Jawatan Akhir : Ketua Pegawai Operasi MBI
Pampasan 30% : RM 468,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 72,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 540,000

Nama : Arfa'eza Abd Aziz
Jawatan Akhir : Setiausaha Akhbar MB
Pampasan 30% : RM 358,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 55,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 413,000

Nama : Mustafa Talib
Jawatan Akhir : Setiausaha Politik MB
Pampasan 30% : RM 234,000
Ganti Notis 3 Bulan : RM 30,000
Jumlah Pampasan Diterima : RM 264,000

Tak molek Khairy jadi macam samseng Kampung Dusun

HARAKAHDAILY | 27 November 2014.

http://mk-cdn.mkini.net/830/92b59ad9f7c68833394bb5db6e50a707.jpg
KUALA LUMPUR: Pemuda DAPSY menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa kaum bukan Melayu tidak menghormati perjanjian hanyalah retorik politik atas kelemahan diri sendiri.

Ketuanya, Teo Kok Seong berkata, jika benar kenyataan Khairy itu, beliau mencabar Menteri Belia dan Sukan itu menamakan secara terbuka pihak yang dikatakan ‘tidak menghormati perjanjian’.

“Amat memalukan jika beliau dengan mudah membuat dakwaan secara pukal kepada mana-mana pihak, hanya kerana mahu dilihat sebagai seorang hero Melayu,” kata Teo dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Umno kelmarin, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan.

Baguskah Akta Hasutan di kekalkan..????

Mohammad Agus Yusoff


BAGUSKAH AKTA HASUTAN DIKEKALKAN?

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, PM menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu: (i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina; (ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Saya menyokong keputusan PM tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. Pertama, definisi ‘hasutan’ perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut.

Abby Abadi pulak menjawab apa yang dikatakan Dr Mashitah bab Ustazah Ekspress..!!

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi ketika dihubungi berkata, Mashitah sepatutnya lebih peka dalam isu membabitkan gejala sosial remaja yang semakin membimbangkan.

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, dalam berdakwah perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menarik lebih ramai untuk hadir ke majlis-majlis ilmu terutamanya golongan remaja.

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

KJ baru sedar bahawa orang muda tiada tempat di bawah UMNO sebab itu merayu-rayu di PAU..!!

'Mengapa orang muda sokong parti lawan'


Anak muda menyokong parti lawan kerana mereka dilihat memberi peluang kepada orang muda, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
"Lebih membimbangkan ada pula yang masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah, sebab parti lawan dilihat beri peluang pada orang muda. 
"Setahun jagung, dah boleh jadi calon. Kalau kita tengok di Dewan Rakyat muka-muka muda lebih ramai di belah sana berbanding dengan kita. 
"Keadaan ini membentuk persepsi bahawa parti lawan lebih terbuka untuk angkat orang muda," tegas Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC hari ini.
"Kalau belah lawan begitu rentaknya, mana wow factor kita? Tak cukupkah cerdik pandai, orator hebat, pendebat ulung di kalangan orang muda dalam Umno untuk diangkat? 

Kepada KJ yang merasa hebat, siapa gadai tanah rezab Melayu?

 
Pemuda PAS menggesa agar ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengkaji terlebih dahulu mengenai tanah rezab Melayu yang semakin banyak tergadai, sebelum mendabik dada untuk mempertahankannya.

Ketua penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata Khairy perlu bertanya sendiri kepada pemimpin Umno untuk mengenalpasti pihak bertanggungjawab.

“Khairy perlu bertanya kembali kepada rakan-rakan dalam Umno, tergadainya tanah rezab Melayu ini angkara siapa?

“Siapa yang meluluskan pembersihan penduduk kampung tradisi seluruh Kuala Lumpur dan ditukar status kepada bukan lagi tanah rezab Melayu dan diberikan kepada tauke besar seperti YTL untuk dibangunkan?

Beliau juga membangkitkan mengenai “puluhan ekar tanah” di Perak yang didakwa diberikan kepada YTL untuk pembangunan.

Shahrizat tak jadi bakar "bra"..!!!

'Tak perlu bakar bra untuk kerusi VP'

http://cdn-media.ellentv.com/2012/09/28/092812-hiding-cat-photo-1-612x339.jpeg
Gambar Hiasan
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira kerana tuntutan pergerakan itu agar diperuntukkan jawatan naib presiden parti mendapat perhatian pucuk pimpinan tanpa perlu melakukan protes jalanan.

"Yang cantik, yang indahnya perjuangan dalam Umno  ini kita tak perlu turun ke jalan raya, atau membakar bra kita contohnya.

"Kalau dulu, kita kena buat macam-macam untuk mendapat keadilan buat wanita.

"Dalam Umno tak payah. Kita cuma perjuangkan secara berhemah dan beradab," katanya sewaktu ditemui wartawan pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Najib terdahulu, yang akan mempertimbang untuk memperuntukkan satu kerusi naib presiden Umno buat Wanita Umno.

Jika Tak Rugi Bersama PR, Kenapa Gantung Dua YB Itu?


ULASAN GB

Kalau tak rugi bersama Pakatan Rakyat, mengapa digantung keahlian dua YB yang bertindak menyokong keputusan PR?

Bukankah tindakan dua YB itu (YB Shaari dan YB Hasnul) itu adalah betul manakala keputusan MSU & Presiden salah jika berdasarkan kenyataan TITM di atas?

Ada yang berkata mereka berdua itu laju sangat sehingga mendahului pimpinan tertinggi.

Adnan Yaakob kena bantai lagi denga Utusan, kini bab Tasik Chini pulak..!!

Post Pic
SHAH ALAM: Utusan Malaysia terus menyerang pentadbiran Menteri Besar Pahang apabila hari ini mendedahkan kegagalan kerajaan negeri Pahang memelihara Tasik Chini hingga terjejas akibat pembangunan dan penerokaan tidak terkawal.

Dalam laporan khas hari ini, Utusan melaporkan tasik tersebut berada dalam keadaan bahaya akibat aktiviti perlombongan, pembalakan dan perladangan yang berleluasa.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengendahkan perkara itu meskipun berkali-kali diberi amaran oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pelbagai usaha dilakukan PPTC, termasuk bermesyuarat dengan exco kerajaan negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan wakil istana bagi membincangkan masalah di Tasik Chini, kata laporan itu, seperti dipetik Utusan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...