TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

Petrol tiada GST muslihat BN menipu rakyat

– Zuraida Kamaruddin

INILAH BANNER CYBERTROOPER BN YANG CUBA MEMANIPULASIKAN ISU TIADA GST UNTUK MINYAK DENGAN APA YG DIKATAKAN OLEH PR SEBELUM INI.
Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bijak mengurus tadbir wang rakyat.

Bajet yang digelar Ekonomi Keperluan Rakyat tidak jauh beza dari bajet tahunan sebelumnya yang memberi gula-gula kepada rakyat bahkan saban tahun ini gula-gula ini ditambah perisa dengan kenaikan wang BR1M kepada rakyat.

Saya merasakan Najib juga menipu rakyat dengan tidak mengenakan GST terhadap Petrol Ron95 sedangkan harga petrol dinaikkan sebanyak 20sen sebelum Bajet 2015 dibentangkan.

Harga petrol sebelum ini adalah RM1.90 selitre jika dikena cukai GST sebanyak 6% ia akan berjumlah RM2.04 selitre.

Setelah kenaikan harga minyak sebanyak 20sen selitre kerajaan Bn mengaut untung sebanyak RM0.06 sen setiap litre dan ini saya anggap satu muslihat jahat kerajaan yang membebankan rakyat.

Lazimnya kenaikan harga petrol akan mengakibatkan ‘domino effect’ kepada semua sektor termasuk sektor perkhidmatan akan menaikan harga mereka.

Keenganan kerajaan mengimplimentasikan gaji minima menyebabkan ketidak seimbangan perbelanjaan bulanan isirumah dengan pendapatan isirumah lalu mengakibatkan rakyat berpendapatan rendah lebih tertekan.

Akibatnya jumlah rakyat yang jatuh dalam kategori miskin bandar meningkat.

Berbanding dengan belanjawan dicadangkan Pakatan Rakyat, gaji minima yang adil dan releven agar rakyat dapat hidup dengan bermaruah.

Belajawan Pakatan Rakyat lebih bersifat Bajet Berkebajikan menolak GST yang menekan rakyat miskin dan digantikan dengan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Warisan Harta.

Logiknya sebuah kerajaan yang pro rakyat tidak akan mencukai rakyat yang tidak berkemampuan sebaliknya mencukai mereka yang mendapat keuntungan dalam transaksi perniagaan yang berjumlah jutaan ringgit.

Sistem cukai yang dicadangkan Pakatan Rakyat ini juga adalah jauh lebih baik dan digunakan kebanyakkan negara maju dan membangun.

Bajet 2015 Perdana Menteri bukanlah satu bajet yang meringanakan beban rakyat. Ia adalah satu belanjawan yang hanya menyelesaikan masalah rakyat dalam jangkamasa yang pendek.

Rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan permasalahan dalaman rakyat yang lebih kritikal seperti perumahan, kesihatan dan pendidikan masih lagi di takuk lama.

Saya pasti kerajaan akan meminta belanjawan tambahan di pertengahan tahun 2015 seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib Razak sejak tahun 2010. – 11 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan website ini

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...