TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

PESTA MABUK OKTOBERFEST : Apabila YB DAP & PKR terlibat sama buat kerja 'bodoh'..!!

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Arak adalah jelas haram kepada umat Islam. Tindakan mengiklankan dan meraikan pesta arak secara terbuka adalah tindakan hostile dan provokasi terhadap umat Islam.

2) Sama halnya jika ada pihak yang membuat perarakan kepala lembu. Tidak menjadi masalah jika kepala lembu dilapah dan dibuat sup, tetapi menjadi satu provokasi jahat jika kepala lembu diarak dan dipijak-pijak secara terbuka lebih-lebih lagi di kawasan penganut agama Hindu.

3) Pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam tidak sepatutnya bergalak sakan meraikan pesta mabuk. Biarlah orang-orang bawahan sahaja galak. Kamu tidak seharusnya berbuat demikian, kerana ia akan ditafsirkan sebagai memprovokasi umat Islam.

4) Selain isu ini akan dijadikan peluru oleh Umno untuk menyerang PAS dan PR pada masa akan datang, tindakan mabuk ini seolah-olah cubaan melepaskan geram kepada PAS rentetan isu MB Selangor.

5) PAS akan menjadi mangsa akibat permainan DAP dan PKR. Umno akan menggunakan sentimen mabuk DAP dan PKR ini untuk merosotkan undi Melayu/Islam kepada PAS - kerana PAS masih bersama DAP dan PKR.

6) Jika pemimpin DAP dan PKR memang berniat mensusutkan undi kepada PAS, atau mahu kerusi yang dimemangi PAS berkurangan kelak, itu hanyalah tindakan yang tersangat bodoh bagi mereka yang beriktikad mahu menumbangkan regim BN.

7) PAS tidak akan berkompromi dengan isu arak. Tambahan pula Umno pasti akan mengapi-apikan PAS untuk menyerang DAP dan PKR dalam isu ini, walaupun lesen atau kelulusan pesta Oktoberfest diberi oleh kerajaan (baca: Umno/BN).

8 ) Luka isu MB belum pulih sepenuhnya. Semangat kerjasama tahaluf siyasi 2008 semakin sukar untuk digarap semula. Semuanya hasil daripada kepala-kepala degil yang ada dalam semua parti komponen PR.

9) PasMa? hurmm..... PasMA bukan ditubuhkan untuk melawan kebangangan DAP dan PKR.

Sekian

p/s: Ketum memabukkan, ada hukuman di bawah akta dadah berbahaya. Arak juga memabukkan, tapi boleh dibuat pesta. Apa punya turrrr.... bwahaha

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...