TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

Pengusaha ladang ketum disaran tukar tanaman

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)ALOR SETAR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah hari ini mencadangkan kepada pengusaha ladang ketum supaya bertukar kepada tanaman kontan dan sayur-sayuran memandangkan kerajaan kini mahu mengukuhkan rantaian bekalan makanan.

Pengarahnya, Mohammad Nazer Mustafa berkata, Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memperuntukkan RM6 bilion untuk sektor pertanian dan pengusaha harus merebut peluang ini memandangkan tanaman ketum kini dikaitkan dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Kita sebelum ini pernah berjumpa dengan 15 pengusaha ladang ketum dan meminta mereka bertukar kepada tanaman lain yang lebih sesuai dan mereka akan dibantu oleh Jabatan Pertanian Negeri, tetapi mereka bimbang perkara itu gagal.

"Saya harap kempen dan matlamat untuk menghapus pokok ketum dan menukar tanaman ketum kepada tanaman lain sebelum ini akan tercapai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohammad Nazer berkata, tahun depan penyalahgunaan ketum bakal diwartakan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kemungkinan pengusaha akan diburu pihak berkuasa sekiranya mereka terus mengusaha ladang ketum. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...