TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

Kenapa Kerajaan Pusat wujudkan kerajaan negeri dalam kerajaan negeri di Kelantan?

Bajet 2015: Nik Aziz tidak puas hati

 

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kekesalan berhubung pembentangan Bajet 2015 kelmarin, dengan menyifatkan saluran bantuan digunakan masih tidak telus.

Beliau terus mempersoalkan Kerajaan Pusat yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan di negeri ini.

“Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat, itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya kepada media ketika ditemui di rumahnya, dekat Pulau Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dalam pembentangannya menyebut mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia.

Nik Aziz berkata, BN tidak boleh tolak Islam tetapi mereka sebenarnya menolak dasar Islam.

“Mana boleh Islam tolak Islam tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam).

“Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...