TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

Kalau tak sokong BN, usah buat tuntutan, Najib beritahu masyarakat Cina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA hari ini, berkata adalah tidak adil masyarakat Cina membuat tuntutan terhadap kerajaan tetapi menyokong pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Oktober, 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka masih menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 hari ini, Najib berkata mereka harus berlaku adil dengan menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.

“Saya hendak lakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya mampu buat lebih lagi. Tetapi saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Adillah. Kamu kena mainkan peranan kamu juga.

“Kamu tak bolehlah buat tuntutan (dari BN) tapi kemudiannya sokong DAP. Kamu minta, kamu sokonglah BN, kita akan berlaku adil kepada masyarakat Cina," kata Najib. – 12 Oktober, 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...