TERKINI :

Friday, October 31, 2014

Hentikan KEGANASAN Damion Stewart dalam arena bolasepak Malaysia

HENTIKAN KEGANASAN INI!


Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 akan melihatkan pertarungan antara JDT dan Pahang pada hari Sabtu ini. Kejuaraan berganda menjadi pertaruhan di sini, dua piala untuk Pahang dan kejuaraan berprestij Liga Super dan Piala Malaysia untuk JDT.

Namun begitu, saya berasa simpati kepada Namkoong Woong, pemain attacking midfielder dari Korea Selatan yang menjadi tonggak utama bagi pasukan Kedah. Impian Piala Malaysia beliau hancur berkecai kerana permainan kasar daripada pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart.

Di sinilah timbulnya permasalahan, kerana ianya bukan kali pertama Stewart menyebabkan kecederaan yang serius (Grevous Bodily Harm) ke atas pihak lawan di atas padang. Sila ambil sedikit masa dan lihatlah sendiri video-video ini, dan kemudian nilai sendiri sama ada patutkah permainan ganas seperti ini dibenarkan dalam sukan bolasepak!

Sepanjang penglibatan saya dalam arena bolasepak, tidak pernah saya lihat permainan yang sebegitu ganas dan rendahnya semangat kesukanan.

Di manakah pengadil, anda bertanya? Percayalah, dalam keempat-empat insiden yang dirakamkan, Stewart tidak dilayangkan satu kad kuning pun! Nampaknya pengadil hanya menutup sebelah mata dan tidak melindungi pemain di atas padang. Para pengadil sepatutnya berasa malu dengan perlakuan mereka tersebut!

Mereka hanya menutup sebelah mata dengan perlakuan kasar Damion Stewart. Mengapa?

Ini menimbulkan pelbagai teori dan tanggapan, dan secara jujurnya, ada juga benarnya dengan tanggapan tersebut. Damion Stewart dengan sengaja dan sepenuh daya melingkarkan kakinya di leher pemain lawan, tetapi pada masa itu pengadil bagaikan 'buta' seketika!

Pemain pertahanan tersebut bermain untuk pasukan Pahang, dan Pahang sinonim dengan FAM selama ini. Para pengadil berdepan isu kesetiaan. Setia kepada'Tuan' mereka, atau setia kepada sukan yang menjadi punca pencarian kepada keluarga mereka?

Dan Sabtu ini, mari kita saksikan profesionalisma dalam profesion bola sepak kita.

Sebagai Presiden FAM yang baru dilantik, DYTM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mempunyai peluang untuk menyerlahkan sifat adil baginda dalam peringkat tertinggi sukan bolasepak, memandangkan baginda akan bertanding untuk kerusi dalam Lembaga Eksekutif FIFA.

DYTM Tengku Abdullah telahpun membuat satu keputusan yang bernas, dengan melantik DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, selaku penasihat, lantas memberikan satu suntikan semangat dan sifat dinamik dalam FAM.

Marilah kita keluarkan permainan kasar dan ganas daripada padang. Kerana tiada tempat dalam sukan ini untuk terjahan fizikal melulu terhadap pemain bolasepak profesional.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Namkung Woong akan mengeluh kesakitan melihat perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Mahali Jasuli bernasib baik tidak mengalami kecederaan yang serius. Kesan stud masih kelihatan di dada Zairo Anuar.

Damion Stewart tidak boleh dibenarkan berkelakuan liar di Bukit Jalil.

Ini luahan daripada penyokong Kedah.

STOP THIS SAVAGERY!


No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...