TERKINI :

Sunday, October 12, 2014

Benarkah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS perlu di rombak..??

MAJLIS SYURA ULAMAK PAS PERLU DIROMBAK : USTAZ MUHAMMAD HUSIN – BEKAS AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH

Muhammad Bin Husin bekas ahli parlimen PAS Pasir Puteh yang merupakan pemegang Ijazah Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menegaskan bahawa Majlis Syura Ulamak PAS yang ada sekarang mesti kaji semula keanggotaannya. Perkara ini dibangkitkan oleh beliau sewaktu menjawab soalan peserta semasa Dialog PASMA Daerah Kuala Muda, Kedah malam semalam. Menurut beliau, ahli masjlis syura adalah dilantik oleh jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan tertinggi yang dipilih dalam muktamar. 

Manakala ahli masjlis syura hanyalah jawatan lantikan sahaja bukan dipilih. Beliau menegaskan bahawa anggota majlis syura hendaklah diteliti latarbelakang mereka supaya anggota yang dilantik hendaklah benar-benar berwibawa dan disegani oleh seluruh ahli PAS. Beliau mencadangkan supaya setiap orang anggota majlis syura diteliti latarbelakang pengajian dan kerjaya mereka agar mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja menjadi anggota.

Beliau mempersoalkan beberapa ahli majlis syura yang masih muda dan baru kembali daripada belajar di Negara Timur Tengah. Mereka tidak pernah memberikan saham dalam perjuangan ketika PAS tidak mendapat sokongan masyarakat. 

Pada waktu itu, hanya beberapa orang pimpinan yang ikhlas dan sanggup berkorban seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan rakan-rakan mereka yang sanggup meninggalkan kerjaya dan turun ke medan dakwah, siang dan malam menyampaikan risalah Islam. 

Sedangkan beberapa anggota majlis syura yang ada sekarang, masih mentah dalam politik. Mereka tidak mengetahui bagaimanakah proses tahaluf siyasi yang dirancang dan dilaksanakan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Almarhum Ustaz Fadzil Noor bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Di manakah ahli Majlis Syura Ulamak ketika itu. Mereka lebih banyak berniaga dan berkawan rapat dengan pimpinan UMNO. Tiba-tiba sekarang, ada anggota MSU yang cuba cadangkan untuk mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Ustaz Muhammad Husin, seorang jawatankuasa PAS Pusat yang rapat dengan beliau menjelaskan bahawa anggota MSU tersebut adalah orang yang bertanggungjawab mengatur beberapa pertemuan sulit antara pimpinan atasan PAS dengan pimpinan Barisan Nasional sewaktu krisis Menteri Besar Selangor. Menurut beliau, jika 2 orang wakil rakyat PAS yang menyatakan sokongan terbuka kepada Dato Seri Wan Azizah diambil tindakan oleh PAS, mengapakah pemimpin PAS yangmengadakan pertemuan sulit tidak diambil tindakan disiplin. 

Begitu juga anggota MSU itu juga adalah orang yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Apakah logiknya cadangan tersebut, jelas beliau.

12hb Oktober 2014

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...