TERKINI :

Saturday, October 18, 2014

Apabila PRESIDEN hilang kawalan, bersedialah BAHTERA PAS menunggu KARAM

PRESIDEN HILANG KAWALAN, BAHTERA PAS MENUNGGU KARAM
Oleh M BASIR WAHAB

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/images/pemimpin_PAS.jpg

Kumpulan pro Umno di dlm Pas (UG) dipercayai sedang bekerja keras untuk kempen-kempen tidak beretika menguasai dewan-dewan dan kawasan-kawasan seluruh Malaysia sebagai persiapan nekad menjatuhkan Timb. Presiden, Mohd Sabu.

Selain Mohd Sabu, kumpulan ini juga telah menyenarai hitamkan pemimpin yang dianggap mereka pro Pakatan untuk dijatuh di dalam pemilihan Pas tahun hadapan . Mereka termasuklah Husam Musa, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof dan Suhaizan Kaiat.

Kumpulan UG kini bergerak aktif menganjurkan Usrah Gabungan, Liqa Fikri, Nekad, Duat dan lain-lain di dalam usaha mereka memperdaya ahli-ahli dan bakal perwakilan menolak kumpulan Pakatan.

Mereka juga ligat mengeluarkan kenyataan secara bebas bagi menimbulkan keraguan ahli-ahli terhadap kumpulan Pakatan dan media-media kuasaan Umno memberi kerjasama utuh melaporkan propaganda mereka di muka hadapan dan dalam berita waktu puncak radio dan TV.

Melalui media baharu, tweeter, whatsapp, instegram, telegram serta facebook kelihatan kempen-kempen memburukkan PKR, DAP dan Pasma mendominasi modus operandi mereka disamping melambakkan pelbagai banner UG - kata-kata ulamak, sedutan ucapan Presiden dan hasutan-hasutan memburuk-burukkan kumpulan pro Pakatan secara melampau.

Terdapat juga facebooker kumpulan UG yang berkempen secara jahat, membelakangkan kebenaran dengan berselindung di sebalik laman-laman palsu dengan menggunakan nama dan gambar profil rekayasa untuk membolehkan mereka menabur fitnah seperti El Haraki, Tok Usin Ceroii, Mat Pekasam dan lain-lain .

Tindakan mereka ini dipercayai mendapat restu daripada pemimpin utama UG di dalam Pas. Sehingga kini tiada sebarang nasihat dikeluarkan termasuk oleh Presiden dan Setiausaha Agung Pas agar menjaga akhlak dan etika berorganisasi.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pro Pakatan kelihatan bertahan, tidak menyerang malah membatukan diri melihat krisis dalaman Pas yg kian kronik dan boleh karam pada bila-bila masa sahaja.

Walaupun rata-rata mereka faham, punca krisis adalah daripada ketempangan tindakan Presiden Pas yg lembab, tidak kolektif, membelakangkan Jawatankuasa Pas Pusat, tiada istiqamah dalam mempertahankan keputusan yg dicapai sebulat suara, namun mereka dilihat membiarkan bahtera Pas ditebuk di depan mata oleh kumpuln pro Umno tanpa berbuat apa-apa.

Diatas nama tarbiyah, kumpulan pro Umno ini bergerak menjadikan gelaran ustad dan ulama sebagai benteng untuk memperlihatkan mereka darpada kumpulan yang betul berjuang untuk keredhaan Allah, sebaliknya kumpulan pro Pakatan digambarkan sebagai orang-orang yang gila kuasa dan harta ghanimah.

Namun, semakin ramai ahli Pas yang sedar temberang kumpulan pro Umno ini. Selain, Dato Tamrin Tun Ghafar meninggalkan Pas, dijangka lebih ramai lagi bekas-bekas ahli dan pemimpin Umno, orang perseorangan yang akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Malah kumpulan yg merajuk, tidak mahu aktif dan membiarkan sahaja Pas hanyut, kini sudah menular ke setiap kawasan di seluruh negara. Orang-orang Tionghoa dan India sudah bertekad untuk tidak lagi memberi undi kepada Pas dlm PRU14 akan datang.

Mampukah Pas membetulkan keadaan gelap yang melanda parti yg kini berusia 63 tahun ini. Jika Pas gagal bertindak segera, mencari punca secara jujur dan berlapang dada, maka tiada apa yang boleh menyelamatkan Pas daripada menemui ajalnya yang tragis. (Times News 17 Okt 2014)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...