TERKINI :

Friday, October 31, 2014

Anak penumpang MH370 saman kerajaan, MAS

http://www.penerbit.usm.my/wp-content/uploads/2014/03/MH370.jpg
KUALA LUMPUR: Dua anak kepada salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu memfailakn saman terhadap kerajaan Malaysia dan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS).

Tiga lagi pihak yang turut dinamakan sebagai defendan adalah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kedua kanak-kanak itu yang masing-masing berumur 13 dan 11 tahun memfaikan saman mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui Tetuan Rusman Arun & Associates.

Saman yang dibawa melalui ibu mereka Ng Pearl Ming, itu menuntut ganti rugi atas kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan.

Mereka mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian dan kecuaian di pihak MAS dan kesemua defendan yang dinamakan.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang sudah lebih 8 bulan sejak Mac lalu masih belum ditemui.

Masi mencari pesawat yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia itu kini masih diteruskan. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...