TERKINI :

Saturday, September 20, 2014

Pemimpin KEADILAN perlu berlapang dada..!!

Salam to all

Belum habis lagi muktamar pas di johor isu MB SELANGOR akan sampai ke kemuncaknya.Biar apa pun keputusan sultan dan siapa pun yang di pilih menjadi MB SELANGOR kita doakan semoga ia berakhir dengan baik.Suasana kempen PRK PENGKALAN KUBOR semestinya suam2 kuku kerana peluru yang banyak di berikan kepada UMNO BARISAN NASIONAL untk menyerang mahupun berkempen.

Sekadar berkongsi pendapat rasanya tidak salah dan juga tidak akan di kenakan AKTA HASUTAN,isu MB SELANGOR telah memakan masa berbulan-bulan daripada awal syawal dan hinggalah ke hari ini masih belum selesai.Luka semakin parah dan juga belang semakin kelihatan,muktamar pas juga tidak kurag riuhnya dengan tragedi DOA LAKNAT dan yang terbaru isu boooooo yang di lemparkan oleh pemerhati muktamar sekali gus mencemar imej muktamar.Ini semua berlaku rentetan KAJANG MOVE atau KRISIS PERTUKARAN MB SELANGOR menyebabkan sejarah baru tercipta dalam tidak sengaja.Mahu tidaknya muktamar pas selalunya aman dan kurang kontriversi tetapi kali ini jauh sekali bezanya...

Hari selasa ini insyaallah semua perbalahan sesama pakatan rakyat mungkin akan berakhir,penyokong2nya di bawah saya yakin mereka juga punya rasa yang sama agar ia di selesaikan secepat mungkin dan tidak berpanjangan.Dalam suasana riuh mengatakan TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT akan di nobatkn sebagai MB SELANGOR yang baru timbul pun suara2 yang mengatakan AZMIN perlu di pecat kerana melanggar arahan parti kerana menerima perlantikkan jawatan MB SELANGOR.Ini pasti kembali merancakkan suasana politik.Sememangnya pelik suara-suara sumbang dan tidak mahu ada penyelesaian ini seakan-akan mahu terus membawa masalah ini agar ia berlarutan.Mungkin suara-suara ini datang dari pihak yang tidak senang dengan perlantikkn AZMIN ALI sebagai MB SELANGOR yang baru.Di saat sebegini para pemimpin PARTI KEADILAN RAKYAT perlu berlapang dada menerima AZMIN ALI sebagai MB SELANGOR yang baru.Kebaikkannya supaya polimik dan kekusutan yang sekian lama bermula dari pemecatan TSKI akan berakhir dan PAKATAN RAKYAT dapat terus ke hadapan menghadapi PRU 14.

Saya juga tidak lupa kepada kesan pemilihan PARTI KEADILAN yang lalu sedikit sebanyak ia pasti menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin PARTI KEADILAN itu sendiri.Mungkin yang kalah jawatan timbalan PRESIDEN ada hujahnya kenapa AZMIN tidak boleh menjadi MB SELANGOR,tetapi demi PAKATAN RAKYAT dan jika benar AZMIN ALI akan di angkat menjadi MB SELANGOR saya berharap semua pimpina PARTI KEADILAN RAKYAT dapat menerimanya,menjadi keutamaan adalah para pemimpin perlu buang sikap penting diri dan juga iri hati agar permasalah ini selesai dalam masa yang sama pergeseran sesama PAKATAN RAKYAT dapat di baiki.

Janganlah menjadi pemimpin yang terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan masa depan parti di ketepikan,teringat slogan seorang calon TIMBALAN PRESIDEN pada pemilihan yang lalu 'mari bersama saya'..lebih kurang begitulah bunyinya...semoga hari selasa ini berakhirlah sudah krisis yang sekian lama membelenggu PAKATAN RAKYAT.

Merak Buih

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...