TERKINI :

Friday, September 19, 2014

Pemegang diari presiden ditegur disebabkan ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pakatan

Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.

"Mutakhir ini ketidakhadiran presiden kita dalam dua atau tiga kali mesyuarat Pakatan. Yang jaga diari presiden kena jaga betul-betul. Tengok betul-betul.

"Kalau ditulis mesyuarat Pakatan, jangan (ada pertindihan) dengan program lain.

"Kalau sudah mesyuarat Pakatan itu penting, kita mahu pimpinan kita, Tuan Guru Presiden (kanan) untuk sama-sama buat keputusan penting dalam mesyuarat Pakatan Rakyat," katanya tanpa merujuk isu yang terbabit.

"Setuju atau tidak," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden dan kemudiannya sambil disambut segelintir perwakilan yang melaungkan "setuju".

Mohd Sany yang juga pengarah pilihan raya Pemuda PAS berkata kepimpinan sayap itu juga tidak mahu kepimpinan PAS membuat keputusan sendiri dalam perkara tertentu.

1 comment:

mk said...

Taktik...anwarinas nak perangkap Hj Hadi...dan mengunakan teknik robotik respons keatas perwakilan supaya terlajak memberi kata setuju untuk cadangan yg memberi kelibihan pada Anwar dan mengikat Preiden Pas..tapi gagal..

Berhati hati dan bercermatlah perwakilan dan ahli Pas bila mendengar dakyah halus Anwarinas..mereka ni penuh nafsu dan bermuslihat...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...