TERKINI :

Saturday, September 13, 2014

Pemain Import Kedah, Mehmet sedia angkat kaki?


WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.
September 13, 2014

Mehmet sedia angkat kaki?
STATUS Facebook penyerang import Kedah, Billy Osman Mehmet kini jadi perhatian peminat apabila pemain itu mengakui sedang melihat dan menimbang beberapa tawaran dari pasukan lain untuk saingan 2015, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Penyerang kelahiran London ini mula menjadi perhatian pasukan besar selepas membuktikan penyudahnya cukup tajam, malah bertanggungjawab untuk membawa Lang Merah mara ke kelompok lapan terbaik Piala Malaysia 2014.

Walaupun begitu sumber dalaman Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberitahu pihaknya sedia maklum dengan perkara berkenaan dan akan cuba berusaha untuk memastikan Billy terus kekal di Kedah.

Kemelut itu juga turut mendapat perhatian Ketua Pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari yang meminta penyokong bertenang dan menyerahkan kepada pengurusan untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya ada.

“Mai hujung tahun musim perpindahan, hah mula la semua pakat nak jdi (jadi) agent (ejen), jadi orang pertama tau player (pemain) tu player ni mai..tak payah dok kalut..biaq (biar) orang yang bertanggungjawab buat reja (kerja) depa. tak payah duk pulun!!...” katanya dipetik dalam laman Facebooknya.

Desas-desus itu mula tersebar di laman sosial selepas Billy masih belum menerima sebarang tawaran daripada KFA walaupun mempamerkan aksi cemerlang sepanjang aksi Liga Premier dan Piala Malaysia 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...