TERKINI :

Saturday, September 13, 2014

Pandang serius kenaikan harga rumah - Nasrudin Tantawi


NASRUDIN HASAN
13 September 2014


1. ISU kenaikan harga rumah semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Peningkatan harga rumah pada suku pertama tahun ini kepada RM276,000 seunit membuktikan kebimbangan tersebut.

Meskipun lonjakan kenaikan tersebut secara relatifnya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun paras harga itu melebihi paras kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Tambahan pula, laporan Indeks Harga Rumah daripada firma penyelidikan Global Knight Frank yang dibentangkan pada Jun 2014 yang lalu menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi sepanjang suku pertama tahun ini dengan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Laporan tersebut menunjukkan Malaysia berada di bawah China, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan beberapa negara yang lain. UAE, China dan Estonia pula berada pada senarai tiga tertinggi iaitu masing-masing dengan kenaikan 27.7 peratus, 17.5 peratus dan 16.2 peratus.

3. Apa yang membimbangkan saya adalah sikap kerajaan yang tidak memandang serius bagi menangani masalah kenaikan harga rumah yang berlaku saban tahun.

Penggelembungan dalam pasaran harga rumah atau kediaman tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan. Apabila permintaan terhadap rumah tidak seiring dengan pembangunan perumahan, ia boleh mengakibatkan harga rumah meningkat secara mendadak.

4. Kerajaan seharusnya peka dengan permintaan domestik yang mahukan kawalan harga rumah yang lebih konsisten termasuk penambahbaikan dalam pengangkutan awam.

5. Perlaksanaan sistem GST pada April 2015 juga dibimbangi akan terus memberikan impak negatif kepada pasaran hartanah di negara ini. Sudah pasti kenaikan pada harga rumah akan berlaku dengan perlaksanaan GST kelak.

Akhirnya, golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai keperitan ini.

NASRUDIN HASAN
Ahli Parlimen Temerloh

1 comment:

aznan eusoff said...

bab isu masalah rakyat marhaen ni patutnya dah lama di usul bincangkan bukan rumah saja beribu lagi masalah rakyat yang pilih awak jd YB ...asyik tembak rakan dan jamaah dan PR saja selama ni...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...