TERKINI :

Saturday, September 20, 2014

'Nama pak cik tak ada jadi MB'

 
Persidangan tiga hari yang menyaksikan para perwakilan mengerut dahi dan bertegang leher bertukar ceria seketika apabila naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi pandangannya mengenai isu calon menteri besar Selangor.

Dalam ucapan penggulungannya di Muktamar PAS Ke-60 itu, Tuan Ibrahim berceloteh mengenai kebimbangan orang ramai ke atas isu berkenaan dan harapan agar parti Islam tersebut dapat menyelesaikan isu tersebut.

Melalui ceritanya itu, Tuan Ibrahim menekankan bahawa isu mengenai calon menteri besar tersebut sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin tertinggi PAS, dan bukannya dipikul oleh orang ramai.

"Ada seorang pak cik datang bertanyakan kepada saya meminta menyelesaikan isu menteri besar Selangor. Saya berkata, 'saya sudah periksa, pakcik, nama pak cik tak ada'.
"Isu ini isu pimpinan, jadi biar pimpinan yang selesaikan," katanya mengundang gelak ketawa perwakilan dan wartawan yang menyaksikan ucapan penggulungannya.

"Jangan semua kita nak pikul masalah. Masalah yang berlaku apabila kita pikul bebanan orang lain. Nak pikul bebanan orang lain buat apa," katanya lagi.

Secara berjenaka, pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan para pemimpin parti supaya tidak bergaduh dalam media sehingga ketahui umum.

Katanya, pertikaian seperti itu akan membimbangkan kelompok bukan Islam yang menyokong PAS.

Beliau mengumpamakan pemimpin tersebut seperti pasangan suami isteri yang menurutnya tidak harus menyelesaikan masalah di depan anak-anak.

"Sepatutnya (ibu dan ayah) masuk bilik, padam lampu dan baru berkelahi," katanya dengan senyum kecil dan diiringi gelak ketawa perwakilan dan wartawan sekali lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...