TERKINI :

Friday, September 19, 2014

Mahathir berkata di zaman dia dahulu hanya 1 nama sahaja

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 September, 2014.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 September, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) bukan entiti tunggal, disebabkan itu ia perlu menghantar nama calon menteri besar lebih daripada satu kepada sultan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata dirinya boleh menghantar satu nama saja kerana Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan parti yang berdaftar dan tidak ada siapa pernah membantah keputusannya.

"Saya pilih (calon menteri besar) berdasarkan sokongan popular dan tiada siapa yang tidak puas hati, maka tidak perlu saya bagi lebih daripada satu nama," katanya mengulas tentang pertikaian jumlah nama yang perlu dihantar ke istana mengikut konvensyen.

Dalam krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai sekarang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan menghantar satu nama dipraktikkan sejak zaman pemerintahan BN pada 1957.

Dr Mahathir juga berkata sebelum ini, menjadi amalan biasa semasa beliau mentadbir negara, dengan mengemukakan hanya satu nama kepada Sultan.

Semalam, istana dalam kenyataannya menegur PKR buat kali kedua kerana mempertikaikan titah Sultan supaya mengemukakan lebih satu nama calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – 19 September, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-satu-nama-tiada-siapa-pernah-pertikaikan-saya-kata-dr-mahathir#sthash.uKAix2lc.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...