TERKINI :

Saturday, September 20, 2014

LUHAM tegas PRESIDEN PAS tiada kuasa 'veto'

"Walau Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) dibubar, kami para peguam tetap teguh dan utuh memberi khidmat menggunakan kepakaran dan ilmu undang-undang yang kami ada untuk membela PAS" tegas Hanipa Maidin, Pengerusi LUHAM dalam jawapan balas di Parit Raja pagi ini.

LUHAM berperanan memberi penafsiran kepada kemelut yang berlaku terutamanya kuasa Presiden, berasaskan data dan fakta, selari dengan profession dan etika peguam.

"Asas pindaan Perlembagaan PAS pada 1983 adalah atas prinsip PAS mementingkan perbincangan/mesyuarat dalam semua perkara dan tidak ada kuasa veto ", ujar beliau.

"Sebaiknya penyataan LUHAM dibaca dengan teliti kerana sebelum kenyataan dikeluarkan, setiap aspek telah diambilkira. LUHAM tidak pernah menolak Majlis Syura Ulamak (MSU) dan tidak pernah mengambilalih tugas dan peranan MSU", tegas beliau lagi.

Tegas beliau lagi, "penggubalan Perlembagaan PAS adalah berasaskan Al-Qur'an dan As Sunnah, tetapi apabila ia menjadi sebuah perlembagaan, ianya tidaklah menungkapkan satu persatu ayat rujukan."

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...