TERKINI :

Friday, September 19, 2014

Lapan pegawai Kastam didakwa terima rasuah bulanan RM500-RM130,000


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dakwa lapan pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang menerima rasuah bulanan dari RM500 hingga RM130,000.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Jamidan Abdullah berkata pada sidang media, kesemua pegawai berhadapan 8 hingga 52 tuduhan kesalahan menerima wang perlindungan berkaitan kes penyeludupan arak dan rokok.

"Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Seksyen Khas Petaling Jaya dan seorang lagi di Mahkamah Seksyen Khas Rasuah Kuala Lumpur," kata Datuk Jamidan kepada wartawan.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lapan-pegawai-kastam-didakwa-terima-rasuah-bulanan-rm500-rm130-000-44250?cp

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...