TERKINI :

Friday, September 19, 2014

Adam Adli dihukum penjara 12 bulan kerana menghasut

 
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas bekas pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim, setelah didapati bersalah atas tuduhan hasutan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pihak pendakwa telah membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Adam Adli dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah selepas pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdahulu, peguam Adam Adli, Latheefa Koya dalam mitigasinya berkata ia adalah kesalahan pertama Adam Adli yang masih belajar undang-undang di sebuah kolej swasta.

Pesalah pertama di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau maksimum tiga tahun penjara.
 

Beliau memohon mahkamah supaya hanya mengenakan hukuman denda kerana tiada yang cedera akibat daripada apa yang dikatakan oleh anak guamnya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas meminta hukuman penjara dikenakan, kerana berkata seruan Adam Adli supaya menggulingkan kerajaan yang sah, adalah serius.

Hakim Mat Ghani, selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, membenarkan penangguhan hukuman itu dan mengekalkan jaminan sebanyak RM5,000.

Selain Adam Adli, mereka yang turut didakwa atas tuduhan menghasut di forum yang sama ialah Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden PKR, Tian Chua; ahli PAS Tamrin Ghafar, pemimpin pelajar Mohd Safwan Anang, aktivis dan peguam Haris Ibrahim serta aktivis Hishamuddin Rais.

Awal bulan ini, Mohd Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara.

1 comment:

teratai jingga said...

Belajar bersyukur dgn apa yg awak ada.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...