TERKINI :

Sunday, August 17, 2014

Dengar Cakap Orang Bawah Sama, Jangan Dok Kira Ke Hangpa Saja..!!!

Dengarlah Suara Mereka 
~ Dr Mujahid Yusof Rawa

https://lh5.googleusercontent.com/-EVsU1d9cPtY/UndjToZXIYI/AAAAAAAAZQ8/KyJcN-3LsDw/s640/blogger-image--1271953386.jpg
Pas memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka. Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas. Kita para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam semangat juang. 

Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.

Suara mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada perjuangan.

Namun mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan panjang. Ckap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh mereka.

Mereka di akar umbi juga ada akal untuk berfikir walaupun ada yang hanya belajar rendah. Sesekali mereka berfikir bukan senang untuk Pas capai tahapnya pada hari ini khusus hubungan dan sokongan dengan pengundi bukan Islam. Mereka tak terbayang orang cina dan india membawa bendera Pas sambil merayu kepada masyarakatnya undilah Pas, undilah Pas. Mereka juga bukan bodoh untuk tidak memahami bahawa Tahaluf Siyasi banyak memberi pengaruh kepada perkembangan Pas hari ini.

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan goncangan di Selangor malah mereka juga terkejut konsensus bersama PR yang mereka sokong dan mereka angkat tangan di dua muktamar hancur berkecai. Lebih mereka pelik mengapa kebaikan kepada parti melalui PR tidak dipertahankan malah dibiarkan terus tenggelam depan mata mereka di Selangor.

Mereka berfikir dan berfikir apakah tidak ada tindakan menyelamatkan keadaan sedangkan mereka tak terdaya hanya mampu melihat dan merayu tolonglah buat sesuatu.

Rintihan suara ini saat bahtera PR di Selangor sedang tenggelam bertukar menjadi marah kepada kita kerana kita melengahkan keadaan. Mereka menuntut kerana mereka mengundi kita di muktamar, jangan berkata wala' kerana mereka tidak pandai ceramah tentang wala' tetapi mereka hidup dengan wala' korban harta malah diri kerana wala' Tiba masanya kita pula mendengar suara mereka dan rintihan mereka. Mereka sedang berteriak malah ada yang marah..

"Selamatkan PR! Selamatkan PR!"

Apakah keasyikan kita mengatur di balik tabir menjadikan kita tidak mendengar rintihan ini? Ataukah kita berasa kita tahu semuanya dan mereka hanya perlu wala' pada kehebatan kita?

Catitan ini saya coretkan setelah menerima berbagai panggilan dari akar umbi yang sebahagiannya dengan penuh hormat merayu supaya PR di Selangor diselamatkan. Mereka bukan orang Selangor tetapi dari berbagai negeri kerana sayang dan mahu wala' pada Pas kepada konsensus bersama PR. Saya hampir menitiskan air mata mendengar suara mereka dan saya hanya berkata: " saya faham dan berkat doa kalian, Pas akan terus bangkit" Teringat saya akan lagu Pas di hujungnya: ".....BERPEDOMANKAN AL QURAN DAN SUNNAH, SUBURLAH HIDUPNYA DAN PASTI BERBUAH"

Mujahid Yusof Rawa
AJK Pas Pusat

16/8/14

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...