TERKINI :

Friday, July 25, 2014

STRATEGI DAN KEPAKARAN PAS BERLANDASKAN SYARAK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Photo: STRATEGI DAN KEPAKARAN PAS BERLANDASKAN SYARAK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PADANG TERAP: Strategi politik yang diambil PAS tidak pernah lari dari landasan syarak dan sentiasa mengikuti tindakan sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar.

Memetik kisah dari al-Quran yakni ibrah Perang Badar, beliau mengupas pemikiran strategik Nabi SAW ketika membuat pertimbangan antara maslahah dan mafsadah terhadap kedudukan tentera Islam yang kecil dalam menghadapi jumlah besar tentera musyrikin.

Untuk itu katanya, bacaan politik dibuat Nabi SAW berusaha memastikan kekuatan musuh tidak bertambah dengan cuba mencorak pendirian kabilah-kabilah yang menghuni antara Makkah dan Madinah, di mana menurut perkiraan Baginda mereka itu berpotensi berpihak kepada Musyrikin Makkah.

Untuk itu ujar Mahfuz, Nabi SAW telah menghantar utusan bagi merundingkan pendirian kabilah-kabilah tersebut hingga akhirnya ada sebahagian mereka membuat ketetapan untuk bersama Rasulullah, sementara kabilah yang tidak mengikat kesediaan bersama pula berjanji tidak akan berpihak kepada musyrikin Makkah.

Tegas beliau, itulah proses persefahaman politik tahaluf yang dilakukan Rasulullah di zaman awal Islam dalam usaha mengurangkan musuh dan memastikan tidak ada kabilah bersama dengan musuh Islam.

“Inilah yang dilakukan PAS apabila PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan bukan Islam. Orang mempersoalkan tindakan PAS itu syarie atau tidak. Maka inilah jawapannya bahawa Nabi SAW pernah melakukannya dan inilah kebijaksanaan politik Nabi SAW,” terang Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat pada Ceramah Nuzul Al-Quran di Kompleks PAS Kawasan Padang Terap, Kampung Barokhas di sini baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, peristiwa tersebut antara rujukan diambil para ulama gerakan Islam dari banyak peristiwa lain dilakukan Rasulullah SAW yang menjadi dalil dibolehkan kerjasama dengan bukan Islam. 

Tambahnya, hikmah dari kerjasama dengan bukan Islam dapat memastikan mereka tidak membawa ancaman kepada Islam, sebaliknya kekuatan pada mereka berpotensi membantu agar Islam dapat diperkenalkan lebih luas kepada masyarakat bukan Islam. 

“Tetapi sentimen dibina media arus perdana dan Umno selama ini telah menyebabkan orang jadi keliru terhadap usaha dilakukan PAS. Sedangkan usaha dilakukan PAS adalah mengikuti sebagaimana dilakukan Nabi SAW,” terangnya lagi. 

Melanjutkan ceramahnya, beliau juga melontarkan ingatan kepada peri pentingnya perancangan jamaah dilakukan secara strategik serta usaha membina potensi ahli-ahli PAS dengan pelbagai kepakaran.

Katanya, sememangnya terbukti dari banyak pertempuran, Islam walaupun memiliki jumlah keanggotaan kecil telah mampu mengalahkan kumpulan besar dengan izin Allah, tetapi ia bermula dari penyusunan strategi dan gemblengan tenaga pakar. 

Jelasnya, penyerahan kepada Allah bukan bermaksud mengharap bantuan Allah dengan menghasilkan kerja yang minima, sebaliknya mesti rangka strategi sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW dan selepas itu barulah diserah kepada Allah dengan penuh keikhlasan menentukan natijahnya. 

Beliau menegaskan hal tersebut dengan memetik sifat demokratik Rasulullah SAW yang mendengar pandangan dikemukakan sahabat ketika memilih tempat strategik kedudukan pasukan dalam Perang Badar. 

Katanya, di situlah petunjuk bahawa Rasulullah sentiasa berfikiran strategik disamping membina potensi sahabat dengan kepelbagaian kepakaran. 

Mahfuz juga melontarkan nasihat agar melaksanakan usaha secara berterusan, sabar dan tekun dengan keyakinan sepenuhnya kepada Allah hingga Dia menganugerahkan kemenangan di masa akan datang. 

Katanya, kehidupan di dunia hanyalah semata-mata untuk mencari keredaan Allah yang mesti diperolehi secara tidak berputus asa menerusi keteguhan berjuang dan intima’ bersama jamaah. 

Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menegaskan kepentingan setiap muslim meletakkan sasaran pencapaian yang hendak diperolehi dari Ramadan ini di mana ianya mestilah tidak terpisah dengan al-Quran. 

Antara tuntutan tersebut katanya, adalah dengan menyempurnakan kefahaman terhadap al-Quran menerusi bacaan dan merenungi maknanya hingga terjelma perubahan dalam kehidupan sebagai seorang Islam yang sebenar.PADANG TERAP: Strategi politik yang diambil PAS tidak pernah lari dari landasan syarak dan sentiasa mengikuti tindakan sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar.

Memetik kisah dari al-Quran yakni ibrah Perang Badar, beliau mengupas pemikiran strategik Nabi SAW ketika membuat pertimbangan antara maslahah dan mafsadah terhadap kedudukan tentera Islam yang kecil dalam menghadapi jumlah besar tentera musyrikin.

Untuk itu katanya, bacaan politik dibuat Nabi SAW berusaha memastikan kekuatan musuh tidak bertambah dengan cuba mencorak pendirian kabilah-kabilah yang menghuni antara Makkah dan Madinah, di mana menurut perkiraan Baginda mereka itu berpotensi berpihak kepada Musyrikin Makkah.

Untuk itu ujar Mahfuz, Nabi SAW telah menghantar utusan bagi merundingkan pendirian kabilah-kabilah tersebut hingga akhirnya ada sebahagian mereka membuat ketetapan untuk bersama Rasulullah, sementara kabilah yang tidak mengikat kesediaan bersama pula berjanji tidak akan berpihak kepada musyrikin Makkah.

Tegas beliau, itulah proses persefahaman politik tahaluf yang dilakukan Rasulullah di zaman awal Islam dalam usaha mengurangkan musuh dan memastikan tidak ada kabilah bersama dengan musuh Islam.

“Inilah yang dilakukan PAS apabila PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan bukan Islam. Orang mempersoalkan tindakan PAS itu syarie atau tidak. Maka inilah jawapannya bahawa Nabi SAW pernah melakukannya dan inilah kebijaksanaan politik Nabi SAW,” terang Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat pada Ceramah Nuzul Al-Quran di Kompleks PAS Kawasan Padang Terap, Kampung Barokhas di sini baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, peristiwa tersebut antara rujukan diambil para ulama gerakan Islam dari banyak peristiwa lain dilakukan Rasulullah SAW yang menjadi dalil dibolehkan kerjasama dengan bukan Islam.

Tambahnya, hikmah dari kerjasama dengan bukan Islam dapat memastikan mereka tidak membawa ancaman kepada Islam, sebaliknya kekuatan pada mereka berpotensi membantu agar Islam dapat diperkenalkan lebih luas kepada masyarakat bukan Islam.

“Tetapi sentimen dibina media arus perdana dan Umno selama ini telah menyebabkan orang jadi keliru terhadap usaha dilakukan PAS. Sedangkan usaha dilakukan PAS adalah mengikuti sebagaimana dilakukan Nabi SAW,” terangnya lagi.

Melanjutkan ceramahnya, beliau juga melontarkan ingatan kepada peri pentingnya perancangan jamaah dilakukan secara strategik serta usaha membina potensi ahli-ahli PAS dengan pelbagai kepakaran.

Katanya, sememangnya terbukti dari banyak pertempuran, Islam walaupun memiliki jumlah keanggotaan kecil telah mampu mengalahkan kumpulan besar dengan izin Allah, tetapi ia bermula dari penyusunan strategi dan gemblengan tenaga pakar.

Jelasnya, penyerahan kepada Allah bukan bermaksud mengharap bantuan Allah dengan menghasilkan kerja yang minima, sebaliknya mesti rangka strategi sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW dan selepas itu barulah diserah kepada Allah dengan penuh keikhlasan menentukan natijahnya.

Beliau menegaskan hal tersebut dengan memetik sifat demokratik Rasulullah SAW yang mendengar pandangan dikemukakan sahabat ketika memilih tempat strategik kedudukan pasukan dalam Perang Badar.

Katanya, di situlah petunjuk bahawa Rasulullah sentiasa berfikiran strategik disamping membina potensi sahabat dengan kepelbagaian kepakaran.

Mahfuz juga melontarkan nasihat agar melaksanakan usaha secara berterusan, sabar dan tekun dengan keyakinan sepenuhnya kepada Allah hingga Dia menganugerahkan kemenangan di masa akan datang.

Katanya, kehidupan di dunia hanyalah semata-mata untuk mencari keredaan Allah yang mesti diperolehi secara tidak berputus asa menerusi keteguhan berjuang dan intima’ bersama jamaah.

Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menegaskan kepentingan setiap muslim meletakkan sasaran pencapaian yang hendak diperolehi dari Ramadan ini di mana ianya mestilah tidak terpisah dengan al-Quran.

Antara tuntutan tersebut katanya, adalah dengan menyempurnakan kefahaman terhadap al-Quran menerusi bacaan dan merenungi maknanya hingga terjelma perubahan dalam kehidupan sebagai seorang Islam yang sebenar.

1 comment:

Rosli Kujang said...

Kalau pas ikut syarie kalau umno jadi kafir hahahaha bagus tul islam pas ni yer tak sebulu lu kapiaq .. hahahaha bangsat





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...