TERKINI :

Tuesday, July 1, 2014

Piala Dunia: FIFA denda Algeria RM181,107 pancar sinaran laser

Piala Dunia: FIFA denda Algeria RM181,107 pancar sinaran laser
PANCARAN laser dapat dilihat di bahu kiri penjaga gol Russia, Igor Akinfeev ketika perlawanan Algeria dengan Russia dalam peringkat Kumpulan H di Arena da Baixada, Curitiba, Brazil, Jumaat lalu. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Persatuan Bola Sepak Algeria didenda 56,400 dolar (RM181,107) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas ada penyokongnya dilihat memancarkan sinaran laser ke arah pemain ketika perlawanan peringkat awal Kumpulan H menentang Russia.

Imej daripada siaran televisyen menunjukkan ada pancaran hijau, yang kebiasaannya dijana oleh pen laser dipancarkan kepada penjaga gol Russia sebelum Algeria menyamakan kedudukan 1-1, Jumaat lalu.

Denda yang dikenakan FIFA juga membabitkan kesalahan menggunakan suar dan bom asap oleh penyokong Algeria.

“Persatuan Bola Sepak Algeria dipersalahkan kerana sikap tidak sepatutnya yang dilakukan di kalangan penyokong mereka iaitu insiden gangguan penonton ketika perlawanan Piala Dunia membabitkan Russia dan Algeria,” kata jurucakap FIFA.
“Antara yang dipersoalkan mengenai insiden itu ialah penggunaan laser, lampu Bengal dan bom asap. Jawatankuasa Disiplin FIFA mengenakan denda 56,400 dolar selain memberi amaran kepada Persatuan Bola Sepak Algeria.”

Algeria bertemu Jerman pada perlawanan pusingan dua pada jam 4 pagi ini - Reuters

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...