TERKINI :

Thursday, July 24, 2014

Pesawat Algeria pulak didapati hilang dari radar

 
Syarikat penerbangan Algeria, Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dengan pesawat tersebut hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam perjalanan ke Algiers.

Laporan AFP yang memetik agensi berita tempatan APS menyebut, pesawat tersebut terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas.

Menurut Reuters, APS tidak menyebut jumlah penumpang dalam penerbangan AH5017.

Laporan Reuters yang memetik kenyataan Swiftair yang berpengkalan di Madrid pula menyebut, pesawat itu aadalah pesawat Swiftair yang dikendalikan bagi pihak Air Algerie.

Sementara itu, laporan Reuters menyebut, Swiftair mengesahkan bahawa ia terputus hubungan dengan pesawat MD83 yang dikendalikan Air Alegerie.

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang dan enam orang anak kapal pada masa itu.

Laporan awal menyebut penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A320.

Ia dilaporkan berlepas pada jam 1.17 pagi waktu Burkina Faso (9.17 pagi waktu Malaysia) dan sepatutnya tiba ke destinasi pada jam 6.10 pagi waktu Algeria (1.10 petang waktu Malaysia), untuk penerbangan meliputi kira-kira empat jam.

Perkhidmatan penjejak pesawat Fligthradar24 menyebut ia tidak mempunyai liputan untuki menjejak laluan pesawat AH 5017, yang melibatkan laluan 2,700 kilometer termasuk Gurun Sahara.

Dalam pada itu, laporan stesen rasmi China, CCTV menyebut pesawat itu terhempas di Nigeria selepas melalui kawasan yang dilanda ribut.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...