TERKINI :

Friday, July 25, 2014

Azizulhasni wira umat dan kemanusiaan, kata Abim

Keberanian yang ditunjukkan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' adalah sikap yang terpuji.

"Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan.

Abim berpendapat, Azizulhasni mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim pengganas Zionis.

"Seharusnya pihak penganjur Sukan Komanwel berbangga dengan tindakan Azizulhasni ini yang menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin," kata Amidi.

Beliau berkata, Gaza bukan konflik politik biasa tetapi ia adalah satu pencabulan hak kemanusiaan yang amat buruk.

Katanya, tiada rekod seburuk Israel dalam perihal Hak Asasi Manusia yang membunuh tanpa belas dan merampas tanah rakyat Palestine.

Beliau berkata, sukan adalah wahana membina perpaduan dan kemanusiaan menyebabkan tindakan Azizulhasni adalah demi memartabatkan kemanusiaan.

"Abim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghargaan dan penghormatan terhadap Azizulhasni yang mempertaruhkan masa depan kerjayanya dan juga mungkin keselamatan dirinya demi menyelamatkan Gaza dan kemanusiaan," katanya. – 25 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azizulhasni-wira-umat-dan-kemanusiaan-kata-abim#sthash.DoLy6J9c.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...