TERKINI :

Saturday, July 26, 2014

Antara trajedi di KEDAH & SELANGOR... Apa Presiden PAS mahukan..??

Mugabe Robert ·

http://www.mole.my/sites/default/files/images/HUSS1239.storyimage.JPG

Apa yang sebenarnya PKR ingin lakukan ialah pencegahan awal sebelum lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku. Kalau ikut cara TGHH, dua (2) negeri terlepas iaitu Terengganu dan diikuti dengan Kedah (kedua2nya hanya sepenggal). Bagi kes Kedah umum sudah mengetahui krisis dan kemelut antara MB dengan exco tetapi TGHH selaku Presiden berlepas tangan dan tidak mahu campurtangan kononnya untuk menjaga hati hingga menjadi barah. Akhirnya Kedah terlepas semula kepada UMNO.

Begitu juga dengan kes Selangor. Bagi awal penggal pertama TS Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang kerana kebajikan rakyat terjaga, dasar dan polisi Pakatan Rakyat terpelihara kerana Tan Sri Khalid tegas dan segala tindak tanduknya selari dengan dasar Pakatan Rakyat.

Namun segala-galanya mula berubah apabila memasuki penggal kedua apabila kes hutangnya mula menghantui hidupnya. Penyelesaian hutangnya sebanyak RM70 juta telah diselesaikan diluar mahkamah tetapi segala syarat dan termanya tidak dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan. Ditambah lagi dengan isu2 berikut:

1. Pada penggal pertama Tan Sri Khalid begitu bertegas dalam isu penstrukuran semula air dan menolak mentah2 projek Langat 2. Tapi apa sudah jadi pada penggal kedua? Secara tiba2 Tan Sri Khalid telah menandatangani MOU dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkannya kepada pucuk kepimpinan malah para exconya tidak diajak berunding. Bermakna beliau telah membuat keputusan bersendirian dan membelakangkan pimpinan parti sendiri dan PR. Maka terkial-kial Datuk Seri Anwar untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam isu MOU ini;

2. Dasar PR tidak mahu lebuhraya bertol kerana akan membebankan rakyat. Tetapi Tan Sri Khalid telah memberikan persetujuan akan meluluskan projek lebuhraya bertol KIDEX jika ia memberi manfaat kepada rakyat. Isunya kawasan Petaling Jaya itu ramai penyokong DAP dan ini telah menimbulkan kemarahan pengundi dan pemimpin mereka. Tanpa berunding apa2 terus beri persetujuan.

3. Tan Sri Khalid begitu berbangga dengan simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM3 bilion tetapi kebajkan rakyat diabaikan;

a. Bila nak dipecat barulah umumkan projek perumahan mampu milik rakyat;
b. Isu sampah berlarutan bertahun2 dan sampai sekarang tidak dapat diselesaikan;
c. Banyak jalan-jalan untuk kegunaan rakyat berlubang2 dan tidak diperbaiki dan telah menyusahkan rakyat dan mereka merungut;
d. Isu rampasan bible Bahasa Melayu tidak diselesaikan secara tuntas telah menyebabkan kemarahan penganut agama Kristian.

Sebenarnya banyak isu yang telah menyebabkan pemimpin PKR hilang sabar walaupun telah ditegur berkali2 tetapi Tan Sri Khalid tidak mahu berubah malah semakin degil. Menambahkan kemarahan itu secara sengaja berbaik2 pula dengan pemimpin Kerajaan Pusat. Dari segi untuk menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat mungkin tidak ada salahnya tetapi menimbulkan tanggapan di kalangan rakyat kerana akibat hubungan yang akrab itu menyebabkan Tan Sri Khalid berubah dan menyebabkan dasar PR sudah tidak dipatuhi. Akhirnya nanti rakyat akan marah,meluat dan tidak puashati dan mengambil keputusan menukar semula kerajaan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...