TERKINI :

Sunday, July 20, 2014

Adun Alor Mengkudu melahirkan ucakan takziah kepada keluarga mangsa pramugari MH17 Azrina Yakop

UCAPAN TAKZIAH ADUN ALOR MENGKUDU KEPADA KELUARGA MANGSA AZRINA YAKOP (PRAMUGARI MAS MH17)

Oleh MOHD AMIN BIN ISMAIL
Pejabat ADUN Alor Mengkudu

ALOR SETAR: ADUN Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya melahirkan ucapan takziah khususnya kepada keluarga mangsa, iaitu Azrina Yakop yang merupakan pramugari pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Ucapan takziah yang disampaikan, dituju kepada ayah dan ibu mangsa, iaitu Yakop bin Salamsudin, 73 dan juga ibu mangsa Habibah binti Ismail, 65.

Ustaz Ahmad Yahaya berkata, beliau menyedari dan terkejut dengan berita pemergian salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas ini daripada beberapa media awal pagi semalam.

Susulan itu, beliau melalui pejabatnya telah mendapatkan beberapa maklumat yang pasti berkenaan keluarga mangsa yang tinggal di Kg Kelompang, Alor Mengkudu.

Tambahannya, beliau melahirkan rasa sedih atas musibah yang berlaku ini, dengan mengharapkan Allah ampuni dan merahmati roh Almarhumah.

"Saya melahirkan rasa sedih di atas kemalangan yang menimpa Azrina Yakop, dan saya bersama JK PKWR Alor Mengkudu mendoakan agar Allah mencucuri dan memberi rahmat ke atas Almarhumah," ujarnya di kediaman beliau, di Kg Tok Keling, sebentar tadi.

Beliau juga mengharapkan agar keluarga mangsa terus bersabar serta menyerahkan kepada pihak berkuasa menguruskan kes tersebut diperingkat antarabangsa. Beliau juga mengutuk tindakan pembunuhan beramai ramai ini, dan berharap agar pelakunya menerima hukuman di atas apa yang telah berlaku.

Menurut beliau, sebagai tanda kebersamaan, PKWR Alor Mengkudu akan mengadakan Majlis Tahlil dalam masa terdekat di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, beliau mengalu alukan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan apa saja yang berkaitan bagi yang prihatin sebagai rasa tanda simpati kepada keluarga mangsa.

Sumbangan yang ingin disampaikan boleh melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama PKWR N14 Alor Mengkudu bernombor akaun 02084010036569.

Setiap sumbangan yang disampaikan, beliau memohon untuk dimaklumkan kepada Pegawai Khas beliau, Saudara Amin Ismail (019-4130562) untuk mencatatkan setiap jumlah yang diberikan.

# berikut adalah gambar kedua ibu bapa Azrina Yakop di Kg Kelompang Alor Mengkudu, sewaktu ingin berlepas ke Kuala Lumpur bagi menuntut Azrina.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...