TERKINI :

Thursday, July 31, 2014

Perlukah Pas kekal dalam Pakatan Rakyat?

PROFESOR MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.

Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.

Perlukah Pas menyertai BN?

Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?

Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal berrtahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?

Apa yang perlu Pas lakukan?

Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar.

Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.

Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri / Maaf Zahir Batin

Cuti Seminggu Harap Maklum.....

16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar


Kesesakan jalan raya teruk dilaporkan berlaku untuk perjalanan ke utara dan Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri esok atau lusa.

Perjalanan ke Kota Bharu dilaporkan mengambil masa sehingga 16 jam manakala ke Alor Setar pula 11 jam semalam, lapor Berita Harian.

Kesesakan teruk itu juga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R), bersahur di stesen minyak dam beratur satu jam untuk mengisi petrol, lapor harian itu lagi.

“Kami sekeluarga terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke Kota Bharu, Kelantan dan menggunakan inisiatif lain melalui jalan kampung.

“Saya ingatkan dengan melalui jalan kampung keadaan jalan semakin lancar, tetapi sama juga seperti melalui lebuh raya,” seorang pengguna Khairizan Sabtu, 48, dipetik sebagai berkata.

Tinjauan BH di tol Sungai Besi ke arah Selatan dan Pantai Timur bagaimanapun mendapati kenderaan lancar.

Jurucakap trafik Bukit Aman dilaporkan berkata, pihaknya membuka satu lorong tambahan di lebuh raya arah selatan untuk perlawanan ke arah utara.

Rakyat Sabah kecam Projek IC, warga asing dapat manfaat

Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014. 
Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014.
Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014.Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-sabah-kecam-projek-ic-warga-asing-dapat-manfaat1#sthash.eYK4modH.dpuf

Di Kampung Likas, 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Zaidi Atoh dan penduduk kampung lain berkata mereka berasa seperti "pendatang di tanah sendiri".

Penduduk komuniti Islam itu berkata mereka bimbangkan keselamatan anak-anak apabila warga asing kembali ke kampung mereka menjadikan kawasan itu sebagai hab pengedaran dan penyeludupan dadah.

Di kawasan membeli-belah Kampung Air yang terletak di tengah bandar raya Kota Kinabalu, pemandu teksi tempatan bercerita bagaimana pendapatan mereka terjejas apabila muncul pemandu warga Filipina dan Indonesia di kawasan itu.

Keningau, dua jam jarak perjalanan, warga tempatan dan pendatang asing bersaing untuk mendapatkan tapak berniaga masing-masing.

Aktivis tempatan berkata kejadian ini adalah akibat Projek IC – aktiviti kad pengenalan diberikan secara tidak sah kepada warga asing – menjadikan Sabah bertambah padat.

Malah, warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu tahun lalu berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad.

Projek yang dimulakan sebagai taktik pilihan raya kini mengubah demografi Sabah ke tahap 38% warganya terdiri daripada warga asing.

Inilah bahananya kegopohan KHALID buat MOU Air dengan Kerajaan PUSAT

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.

Saturday, July 26, 2014

Negara Bersedih Dengan Tragedi MH17, Tapi Penasihat MAS Bersukaria Di Melbourne

Shahbudin Husin,

Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya.

Semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri bersama isterinya, Jeanne Abdullah, anak-anak menantu, anak tiri serta kaum keluarga terdekatnya telah pun berlepas ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut Hari Raya di sana. Beliau yang dipercayai berada di Melbourne selama lebih seminggu itu nampaknya tidak bersedia menangguh atau membatalkan percutiannya di ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia seolah-olah sedang berkabung ketika ini.

Meskipun jawatannya di syarikat penerbangan milik kerajaan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif, tetapi sebagai penasihat apatah lagi sebagai bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan imej Islam dan popular dengan gelaran "mr clean", Pak Lah sekurang-kurangnya wajar menunjukkan sedikit rasa simpati dan prihatinnya kepada keluarga mangsa MH17 ketika ini.

Bayangkan akan mati dalam masa sejam

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Fatimah panik. Isnin seminggu lagi adalah ujian terakhir. Minggu depan pula ialah minggu raya.

Semua subjek belum lagi diulangkaji.

Fatimah terasa stress yang amat sangat. Selama ini, Fatimah adalah pelajar yang agak cemerlang. Akan tetapi, kebelakangan ini Fatimah terlalu banyak menghabiskan masa di Twitter, Facebook dan Whatsapp sejak mendapat handphone baru.

Keseorangan di bilik, Fatimah tidak lagi mengulangkaji pelajaran sebaliknya melayan setiap mesej yang masuk. Bahkan di bulan Ramadan, tatkala seorang diri, antara al-Quran dan handphone, Fatimah tidak dapat meninggalkan handphone selama 5 minit.

Fatimah bertemu dengan seorang ustaz untuk mengadu masalahnya dan mencari penyelesaian kepada ketagihannya.

“Benda yang paling kamu perlukan sekarang ialah masa. Tapi ia juga benda yang kamu paling bazirkan. Manusia manusia…

Mayat warga Malaysia nahas MH17 dijangka tiba bulan depan


Bernama | Kemas kini: Julai 26, 2014



SEPANG: Mayat warganegara Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lepas dijangka tiba di negara ini seawal-awalnya dua atau tiga minggu lagi.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata, ini kerana terdapat mayat berada dalam keadaan tidak sempurna.

"Saya kira dua tiga minggu lagi baru kita boleh terima jenazah kembali," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dari Kiev, Ukraine, di sini hari ini.

Mohd Sakri merupakan antara 65 anggota pasukan Malaysia yang kembali ke tanah air daripada jumlah keseluruhan 116 orang yang dihantar ke Ukraine pada 18 Julai lepas bagi membantu siasatan terhadap nahas itu.

Penerbangan MH17 membawa 298 orang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, Timur Ukraine Khamis lepas.

Antara trajedi di KEDAH & SELANGOR... Apa Presiden PAS mahukan..??

Mugabe Robert ·

http://www.mole.my/sites/default/files/images/HUSS1239.storyimage.JPG

Apa yang sebenarnya PKR ingin lakukan ialah pencegahan awal sebelum lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku. Kalau ikut cara TGHH, dua (2) negeri terlepas iaitu Terengganu dan diikuti dengan Kedah (kedua2nya hanya sepenggal). Bagi kes Kedah umum sudah mengetahui krisis dan kemelut antara MB dengan exco tetapi TGHH selaku Presiden berlepas tangan dan tidak mahu campurtangan kononnya untuk menjaga hati hingga menjadi barah. Akhirnya Kedah terlepas semula kepada UMNO.

Begitu juga dengan kes Selangor. Bagi awal penggal pertama TS Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang kerana kebajikan rakyat terjaga, dasar dan polisi Pakatan Rakyat terpelihara kerana Tan Sri Khalid tegas dan segala tindak tanduknya selari dengan dasar Pakatan Rakyat.

Gaza ada kaitan tragedi MH17?


Seorang lelaki memerhatikan serpihan pesawat MH17. Sudah seminggu berlalu namun sehingga kini, siapa sebenar yang menembak jatuh pesawat malang itu belum lagi dikenal pasti. - Foto AFP  
Seorang lelaki memerhatikan serpihan pesawat MH17. Sudah seminggu berlalu namun sehingga kini, siapa sebenar yang menembak jatuh pesawat malang itu belum lagi dikenal pasti. - Foto AFP

SEKUMPULAN orang gasar atau barbarian yang susah hendak dibawa bicara. Itu tanggapan saya mengenai pemberontak Ukraine pro Rusia yang menyusuli berita-berita awal tragedi MH17.

Imej itu ditanam dalam kepala saya oleh media. Mereka digambar sebagai kumpulan penjahat yang bukan sahaja ganas malah tidak berperikemanusiaan. Tanpa berkira-kira, saya pun percaya.

Akan tetapi apabila PM Najib secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang singkat, berjaya memujuk ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk menyerah kotak oren - saya tidak mahu tipu diri mengatakan itu kotak hitam - kepada pasukan penyiasat Malaysia, dua pertanyaan muncul secara tiba-tiba dan terus berputar mengikut orbit mengelilingi kepala saya.

Yang pertama, bagaimana Najib tiba-tiba jadi begitu hebat berjaya menundukkan pemberontak yang sebelum itu digambarkan seganas raksasa, sukar berkompromi dan tidak berperikemanusiaan terutama dengan tindakan mereka merampas mayat mangsa daripada pasukan penyelamat, lalu disembunyikan?

Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS

MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.

SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.

Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.

Ruang udara penerbangan dunia makin bercelaru


Sumber : Kementerian Luar Amerika Syarikat  
Sumber : Kementerian Luar Amerika Syarikat

RUANG udara dunia kini makin bercelaru akibat beberapa konflik perang di serata dunia. Beberapa peringatan penerbangan dikeluarkan syarikat penerbangan dan kerajaan negara masing-masing antaranya Amerika Syarikat dan Eropah.

Krisis penerbangan makin buruk apabila MH17 ditembak jatuh oleh puak pemberontak di Donetsk berhampiran sempadan Ukriane dan Rusia pada 17 Julai lalu.

Lima hari kemudian, pesawat Taiwan TransAsia Airways Flight 222 terhempas ketika gagal melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Magong akibat taufan Matmo dan semalam pesawat Algeria McDonnell Douglas DC-9 yang membawa 110 penumpang terputus hubungan selama 50 minit dengan menara kawalan dan kemudiannya disahkan terhempas berhampiran Niger.

Abdul Hadi yang membingungkan.........

ULASAN MALAM                                                                                

Kenyataan Abdul Hadi Awang yang dilaporkan Bernama hari ini sesuatu yang menyedihkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Pendirian songsang yang diambil Abdul HAdi berhubung politik Anwar Ibrahim bukan pertama kali berlaku.
Abdul Hadi: Sangat mahir fikh politik?
Hari ini Abdul Hadi dilaporkan menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor. Kenyataan yang bertentangan dan bercanggah sekaligus menempelak Anwar Ibrahim yang ingin menukarkan MB Selangor dengan menamakan isterianya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ulah-ulah sebegitu, percanggahan dan nada tidak seirama beliau dengan Anwar sudah kerap berlaku. Penerimaan Pas kepada Anwar sejak Abdul Hadi menerajui Pas tidak selendik dan seindah zaman Fadizil Mohd Noor menjadi presiden. Mungkin perkelidahan atau percanggahan Pas dengan Anwar tidak akan berlaku kalau pemikiran dan siasah Fadzil dihayati.

Sebelum ini keadaan yang sama wujud beberapa kali dan inilah menyebabkan kenyataan "lailatu qadar" Abdul Hadi itu tidak begitu mengejutkan lagi. Bahkan orang akan merasakan pelik kalau Abdu Hadi tidak koner perahu di hujung pelayaran. Kalau anda seorang penganalisa kepada politik Abdul Hadi tidak akan merasa ganjil sedikit pun, jauh sekali akan terkejut dengan aksi politik fikhnya. Beliau seorang yang tidak konsisten dan selalu berkhilaf dalam politik sehingga merugikan parti.

Siasat dakwaan Raja Muda murtad


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.  
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

“Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit.

Obama dipelawa bermalam di hospital


Obama dipelawa bermalam di hospital di Gaza bagi merasai sendiri penderitaan penduduk Palestin.  
Obama dipelawa bermalam di hospital di Gaza bagi merasai sendiri penderitaan penduduk Palestin.

GAZA - PALESTIN .Seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan di sebuah hospital di Gaza mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk bermalam sekurang-kurangnya satu malam di hospital berkenaan bagi melihat sendiri kekalutan mangsa bedilan Zionis.

Dr. Mads Gilbert, sukarelawan pakar bedah di Hospital Al-Shifa berkata, Obama hanya akan memahami apa sebenarnya yang dialami penduduk Palestin di sini dengan meluangkan masa di hospital.

"Saya jemput Obama supaya beliau melihat sendiri penderitaan kanak-kanak akibat bedilan tanpa henti di sini," katanya kepada Al Arabiya.

Gilbert berpendapat Obama dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertanggung jawab terhadap kematian dan kesengsaraan ratusan rakyat Palestin di Gaza ketika ini.

Masih ada pengguna 'setia' produk Israel


Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. - Foto EPA  
Kepulan asap kelihatan selepas serangan Israel di timur Gaza di sepanjang sempadan antara Israel dan Gaza City. - Foto EPA

SHAH ALAM - Kesetiaan segelintir pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dari Israel punca mengapa masyarakat di negara ini sukar memberi sokongan terhadap kempen boikot barang negara tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maaamor Osman berkata, ketaksuban segelintir masyarakat yang tidak mahu menggunakan produk tempatan sebagai ganti akan menyebabkan kempen boikot tidak berkesan.

"Hanya melalui sekatan ekonomi sahaja yang boleh mengajar kebiadaban tentera rejim Zionis itu daripada terus menodai bumi Palestin.

"Kita nyatakan desakan kepada dunia agar negara itu berhenti berperang. Jangan sekadar berkata-kata, kita harus bertindak.

Friday, July 25, 2014

Judi: Usah hanya nampak kuman di seberang lautan

Pendapat Oleh RAYUSA

UMNO Selangor mempersoal sikap berdiam diri ulama PAS berkaitan cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor yang majoriti penduduknya Melayu dan Islam. Menurut Timbalan pengerusinya, Dato’ Abdul Shukur Idrus, Umno Selangor tidak bersetuju dengan permohonan untuk memindahkan pusat judi tersebut dari Sungai Besi ke kawasan luar bandar itu.


Kata Shukur, pihaknya terkejut kerana ulama daripada PAS, salah sebuah parti komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak bersuara. Bagi beliau itu menunjukkan ulama PAS seolah-olah tidak wujud.

Dalam nada menyindir, Shukur mengungkit PAS pernah bercadang menutup kilang arak sebagai bukti memperjuang Islam, tetapi kini seperti sebaliknya.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas soal permohonan cadangan membina pusat judi di kawasan tersebut yang masih dalam pertimbangan kerajaan negeri Selangor.

Adun Kuang itu turut mengulas kebimbangan PAS Selangor yang bimbang dengan cadangan tersebut kerana menganggap ia menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran di Selangor, dan boleh memecahkan perpaduan Pakatan.

Khalid boleh tubuh parti baru untuk bukti kekuatannya

SEUSAI SUBUH                                                                                    

Abdul Khalid Ibrahim tampaknya tidak gerun dengan tindakan PKR untuk memecatnya dari kerusi MB. Keputusan pimpinan PKR yang telah menamakan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai penggantinya tidak dihiraukan langsung. Sebaliknya Khalid dengan cara dan stail politik "lembu kenyan"nya terus melawan keputusan PKR. Keadaan Khalid kini tak ubah seperti kera yang makin mengemaskan dakapan pada pohon yang digoyang dari bawah.
Khalid tidak perlu gentar.
Kenyataan dan pendirinnya menjelaskan dia tidak akan akur dan menyerlahkannya kian egois. Khalid semacam mendapat keyakinan tinggi. Alasannya mudah sahaja, dia mendapat sokongan rakyat Selangor dan dimasa sama cuba memberi tahu rakyat dalam konotasi politiknya bahawa Sultan menyebelahinya. Dua sokongan itu menjadikan dia egois dan enggan mematuhi konsensus parti.

Keengganan Khalid dan keghairahan (keseronokan) membantu rakyat menerusi jawatan MB, meletakkan Selangor dalam krisis yang sangat membimbangkan. Kemelut Selangor juga menyebabkan rakyat Selangor serabut perut dan sedih. Bagi mereka yang mahu melihat kerakusan kerajaan UBN musnah dan diganti dengan kerajaan baru (Pakatan Rakyat), hampa apabila kerajaan Pakatan Rakyat juga berkecamukan.

Dalam pada itu berbagai-bagai alasan yang dikemukakan Khalid bagi menghalalkan tindakannya itu. Antaranya dia mendedahkan kekuatan sokongan kepadanya. Daripada mempamerkan dia sebagai orang dipercayai Sultan hingga kepada soal prosuder perlantikan MB yang perlu mengikut perlembagaan atau mendapat sokongan semua pihak.

Sejauh Manakah Khalid Ibrahim Boleh Bertahan?


Kedudukan Menteri Besar Selangor kini menjadi semakin panas dan menarik berikutan Khalid Ibrahim yang mahu ditukarkan daripada jawatan itu seperti tidak mahu mengalah dan berundur. Beliau dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan mahu terus kekal sehingga ke hujung penggal.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media, Khalid terlihat tidak tergugat dengan pengumuman Anwar Ibrahim bahawa beliau akan digantikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai meneruskan Langkah Kajang yang telah dirangka sebelum itu.

Selain mengaitkan kuasa Sultan Selangor dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor sebagai sandaran untuk terus bertahan, sampai ke satu peringkat beliau juga mencabar agar undi tidak percaya dilakukan keatasnya. Dalam masa yang sama, media milik kerajaan Selangor juga mula membuat tinjauan yang mendapati kononnya rakyat Selangor lebih perlukan Khalid sebagai ketua kerajaan negeri berbanding calon-calon yang lain.

Tinjauan atau bancian ini untuk mempertahankan Khalid jelas tidak matang kerana rakyat sudah pun memberi mandat dalam pilihanraya lalu. Sekarang terserah kepada pimpinan PR yang telah diberikan majoriti menentukan siapa pimpinan negeri. Meninjau pendapat rakyat sudah tidak relevan lagi.

Azizulhasni wira umat dan kemanusiaan, kata Abim

Keberanian yang ditunjukkan pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dengan menayangkan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' adalah sikap yang terpuji.

"Azizulhasni jelas merupakan wira umat dan sekaligus wira kemanusiaan," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Amidi Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan.

Abim berpendapat, Azizulhasni mewakili generasi muda Malaysia tanpa mengira latar agama dan bangsa menyertai umat dunia membantah pemerkosaan kemanusiaan oleh regim pengganas Zionis.

Malulah wahai pemfitnah Uncle Sim dalam episode KIKI the Sterring Lock...

Malulah wahai pemfitnah Uncle Sim!
Muhamad Mat Yakim


http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2014/07/kiki-peugeot-cdm-25-buli-uncle-sim.jpg
KIKI sudah dihukum. Tetapi cerita-cerita di luar bingkai nampaknya masih belum mahu ditamatkan lagi.

Sejak beberapa hari lepas, saya - dan saya percaya ramai orang lain juga - terima mesej berantai yang dihantar melalui Facebook apa yang didakwa sebagai kisah sebenar di sebalik insiden 'steering lock' membabitkan Kiki dan Uncle Sim di Kuantan tempoh hari.

Yang tidak sedapnya, mesej ini berbaur perkauman yang sangat kelat. Kononnya apa yang membuatkan Kiki marah hingga jadi begitu emosi, bukan sebab kereta Peugeot 208 CDM25 kesayangannya itu dilanggar tetapi kononnya kerana ada provokasi perkauman oleh Uncle Sim.

Gambaran diberi seolah-olah ada halimunan yang duduk bertenggek di tepi kereta itu pada masa kejadian. Dia dengar dan rakam. Apa yang didengar dan dirakam itulah kemudiannya disebarkan. Sebabnya, cerita itu detail dengan skrip yang teratur.

Bagi yang menerima, itulah cerita yang sebenar, lalu disebarkan pula tanpa ragu-ragu.

Kita mudah percaya kerana cerita itu ada provokasi perkauman, dan kita pun jadi emosi kerana percaya Uncle Sim telah menghina bangsa kita. Kita percaya kerana perkauman, bukan atas dasar kita pasti bahawa itu memang sesuatu yang benar!

KRU MAS tidak bertudung, siapakah yang tanggung dosanya.. pekerja atau pihak pengurusan..?

Kesatuan mahu kru MAS dibenar bertudung

 
Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.

Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

Pelumba basikal Malaysia berdepan tindakan, pakai sarung tangan ‘Save Gaza’

Pelumba basikal Malaysia berdepan tindakan, pakai sarung tangan ‘Save Gaza’ di Sukan Komanwel

Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar) bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.

Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

Pihak berkuasa Palestine berkata, lebih 750 rakyat negara itu yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak diserang Israel 8 Julai lalu.

Pada laman Twitter dan Facebook, Azizulhasni, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut Twitter dan lebih 200,000 likes pada Facebooknya, mencatatkan gambar pengakuan beliau bagi rakyat Palestin.

"Alhmdulillah saya memenangi pusingan 1, 1/4 esok terhadap Kiwi tetapi pasukan pecut layak pertama petang ini. Plz berdoa," katanya melalui twitter yang telah ditweet semula 1,100 kali ketika berita ini disiarkan, dengan ramai antara mereka berdoa agar beliau berjaya dalam perlumbaannya hari ini.

Tangani baran di jalan raya


https://fbexternal-a.akamaihd.net/safe_image.php?d=AQDhVsJX8U4E6VXJ&w=470&h=246&url=https%3A%2F%2Fscontent-a-sin.xx.fbcdn.net%2Fhphotos-xfa1%2Fv%2Ft1.0-9%2F10562940_313707808805951_3006581391598994928_n.jpg%3Foh%3D8b46a9931bce59a55f6f87b8e82cc63f%26oe%3D5435C2A2&cfs=1&upscale
Gambar Hiasan

KEGEMBIRAAN berkumpul bersama keluargasempena sambutan Aidilfitri kian dirasai terutama umat Islam di negara ini.

Sudah dijangka, jalan raya seperti lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan bandar akan mengalami kesesakan berikutan limpahan kenderaan yang akan melalui jalan-jalan utama itu.

Jika kebiasaan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang melalui lebuh raya akan mengambil masa kira-kira empat jam, tidak mustahil pada cuti perayaan utama seperti ini akan mengambil masa sekitar tujuh jam. Itu bergantung pula pada keadaan, mungkin lebih lama lagi sekiranya terdapat kemalangan.

Semua itu 'alah bisa tegal biasa' terutama bagi mereka yang pulang ke Pantai Timur seperti Kelantan kemungkinan mengambil masa berbelas-belas jam untuk sampai.

STRATEGI DAN KEPAKARAN PAS BERLANDASKAN SYARAK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

Photo: STRATEGI DAN KEPAKARAN PAS BERLANDASKAN SYARAK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PADANG TERAP: Strategi politik yang diambil PAS tidak pernah lari dari landasan syarak dan sentiasa mengikuti tindakan sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar.

Memetik kisah dari al-Quran yakni ibrah Perang Badar, beliau mengupas pemikiran strategik Nabi SAW ketika membuat pertimbangan antara maslahah dan mafsadah terhadap kedudukan tentera Islam yang kecil dalam menghadapi jumlah besar tentera musyrikin.

Untuk itu katanya, bacaan politik dibuat Nabi SAW berusaha memastikan kekuatan musuh tidak bertambah dengan cuba mencorak pendirian kabilah-kabilah yang menghuni antara Makkah dan Madinah, di mana menurut perkiraan Baginda mereka itu berpotensi berpihak kepada Musyrikin Makkah.

Untuk itu ujar Mahfuz, Nabi SAW telah menghantar utusan bagi merundingkan pendirian kabilah-kabilah tersebut hingga akhirnya ada sebahagian mereka membuat ketetapan untuk bersama Rasulullah, sementara kabilah yang tidak mengikat kesediaan bersama pula berjanji tidak akan berpihak kepada musyrikin Makkah.

Tegas beliau, itulah proses persefahaman politik tahaluf yang dilakukan Rasulullah di zaman awal Islam dalam usaha mengurangkan musuh dan memastikan tidak ada kabilah bersama dengan musuh Islam.

“Inilah yang dilakukan PAS apabila PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan bukan Islam. Orang mempersoalkan tindakan PAS itu syarie atau tidak. Maka inilah jawapannya bahawa Nabi SAW pernah melakukannya dan inilah kebijaksanaan politik Nabi SAW,” terang Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat pada Ceramah Nuzul Al-Quran di Kompleks PAS Kawasan Padang Terap, Kampung Barokhas di sini baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, peristiwa tersebut antara rujukan diambil para ulama gerakan Islam dari banyak peristiwa lain dilakukan Rasulullah SAW yang menjadi dalil dibolehkan kerjasama dengan bukan Islam. 

Tambahnya, hikmah dari kerjasama dengan bukan Islam dapat memastikan mereka tidak membawa ancaman kepada Islam, sebaliknya kekuatan pada mereka berpotensi membantu agar Islam dapat diperkenalkan lebih luas kepada masyarakat bukan Islam. 

“Tetapi sentimen dibina media arus perdana dan Umno selama ini telah menyebabkan orang jadi keliru terhadap usaha dilakukan PAS. Sedangkan usaha dilakukan PAS adalah mengikuti sebagaimana dilakukan Nabi SAW,” terangnya lagi. 

Melanjutkan ceramahnya, beliau juga melontarkan ingatan kepada peri pentingnya perancangan jamaah dilakukan secara strategik serta usaha membina potensi ahli-ahli PAS dengan pelbagai kepakaran.

Katanya, sememangnya terbukti dari banyak pertempuran, Islam walaupun memiliki jumlah keanggotaan kecil telah mampu mengalahkan kumpulan besar dengan izin Allah, tetapi ia bermula dari penyusunan strategi dan gemblengan tenaga pakar. 

Jelasnya, penyerahan kepada Allah bukan bermaksud mengharap bantuan Allah dengan menghasilkan kerja yang minima, sebaliknya mesti rangka strategi sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW dan selepas itu barulah diserah kepada Allah dengan penuh keikhlasan menentukan natijahnya. 

Beliau menegaskan hal tersebut dengan memetik sifat demokratik Rasulullah SAW yang mendengar pandangan dikemukakan sahabat ketika memilih tempat strategik kedudukan pasukan dalam Perang Badar. 

Katanya, di situlah petunjuk bahawa Rasulullah sentiasa berfikiran strategik disamping membina potensi sahabat dengan kepelbagaian kepakaran. 

Mahfuz juga melontarkan nasihat agar melaksanakan usaha secara berterusan, sabar dan tekun dengan keyakinan sepenuhnya kepada Allah hingga Dia menganugerahkan kemenangan di masa akan datang. 

Katanya, kehidupan di dunia hanyalah semata-mata untuk mencari keredaan Allah yang mesti diperolehi secara tidak berputus asa menerusi keteguhan berjuang dan intima’ bersama jamaah. 

Terdahulu dalam ucapannya itu, beliau menegaskan kepentingan setiap muslim meletakkan sasaran pencapaian yang hendak diperolehi dari Ramadan ini di mana ianya mestilah tidak terpisah dengan al-Quran. 

Antara tuntutan tersebut katanya, adalah dengan menyempurnakan kefahaman terhadap al-Quran menerusi bacaan dan merenungi maknanya hingga terjelma perubahan dalam kehidupan sebagai seorang Islam yang sebenar.PADANG TERAP: Strategi politik yang diambil PAS tidak pernah lari dari landasan syarak dan sentiasa mengikuti tindakan sebagaimana dilakukan Baginda Nabi SAW, demikian tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar.

Memetik kisah dari al-Quran yakni ibrah Perang Badar, beliau mengupas pemikiran strategik Nabi SAW ketika membuat pertimbangan antara maslahah dan mafsadah terhadap kedudukan tentera Islam yang kecil dalam menghadapi jumlah besar tentera musyrikin.

Untuk itu katanya, bacaan politik dibuat Nabi SAW berusaha memastikan kekuatan musuh tidak bertambah dengan cuba mencorak pendirian kabilah-kabilah yang menghuni antara Makkah dan Madinah, di mana menurut perkiraan Baginda mereka itu berpotensi berpihak kepada Musyrikin Makkah.

Untuk itu ujar Mahfuz, Nabi SAW telah menghantar utusan bagi merundingkan pendirian kabilah-kabilah tersebut hingga akhirnya ada sebahagian mereka membuat ketetapan untuk bersama Rasulullah, sementara kabilah yang tidak mengikat kesediaan bersama pula berjanji tidak akan berpihak kepada musyrikin Makkah.

Tegas beliau, itulah proses persefahaman politik tahaluf yang dilakukan Rasulullah di zaman awal Islam dalam usaha mengurangkan musuh dan memastikan tidak ada kabilah bersama dengan musuh Islam.

Portal Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor Murtad

Boleh dapat kepastian mengenai perkara ini? Benar atau Palsu?

Portal Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor Murtad

Kuala Lumpur; Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun. Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal.

Didalam artikel bertarik 24 Julai 2014 tersebut portal tersebut turut menyatakan bahawa Tengku Amir Shah sering terlibat dengan seks bebas dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Portal tersebut menuduh Tengku Amir Shah telah memasuki pusat pemulihan dadah sebanyak 3 kali dalam tempoh 18 bulan.

"The Malaysian prince known for his outlandish sex orgies and drug addiction problems, having been through rehab no less than three times in the past 18 months, has promised to change his ways and claims to be a new man." - World News Daily Report

Aduhai FAM..ambil staf kejurulatihan skuad Malaysia pun dari team Liga FAM macamana mau 'power'

TMJ: Pertimbang lantikan jurulatih Harimau Malaya

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji semula pelantikan staf kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya yang diumumkan Isnin lepas.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mendakwa bekas pengendali pasukan Perlis, Mohd Reduan Abdullah tidak layak membantu ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu, Dollah Salleh kerana dikatakan menjadi punca skuad 'Singa Utara' tersingkir daripada Liga Perdana ke Liga FAM, musim depan.

Tunku Ismail turut mempersoalkan pelantikan Wan Mustaffa Wan Ismail dan Omar Salim, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol skuad Harimau Malaya memandangkan kedua-dua individu berkenaan telah dipecat daripada Johor FA.

"Persoalan saya ialah bagaimana seseorang yang telah diberhentikan daripada peringkat negeri kerana prestasi yang lemah kemudiannya naik ke tahap yang lebih tinggi iaitu pasukan kebangsaan?

Akibat pasang CCTV yang tak berfungsi aka 'dummy'


cctv

JITRA - Syarikat swasta yang mahu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan mereka diminta memastikan CCTV itu berfungsi dan bukan hanya memasangnya sebagai langkah untuk menakutkan penjenayah daripada merompak premis perniagaan mereka.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ada sesetengah pemilik syarikat memasang CCTV yang tidak berfungsi dan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap premis perniagaan mereka, polis sukar untuk mendapatkan bukti dan identiti penjenayah.

Katanya, CCTV yang berfungsi akan memudahkan polis membuat siasatan sekiranya berlakunya jenayah seperti rompakan.
  
"Ini adalah (untuk) kebaikan kedua-dua pihak (polis dan pemilik syarikat). Polis dapat menyiasat dari pelbagai sudut mengenai kes jenayah yang berlaku dan identiti penjenayah.

Bangkai pesawat Air Algerie ditemui

Air Algerie
  50 penumpang daripada 116 orang adalah warga Perancis. - Foto oleh SwiftAir, Air Algerie  
50 penumpang daripada 116 orang adalah warga Perancis. - Foto oleh SwiftAir, Air Algerie

OUAGADOUGOU - BURKINA FASO. Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso.

Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou.

"Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP.

Semalam pesawat penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit selepas ia berlepas.

Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.

Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).

Thursday, July 24, 2014

Kerajaan serius tangani hutang negara


Datuk Chua Tee Yong  
Datuk Chua Tee Yong
PUTRAJAYA - Kerajaan serius dalam menangani hutang negara dan berusaha ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
  
Beliau berkata walaupun jumlah hutang itu agak tinggi, ekonomi negara masih mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi memastikan kadar pertumbuhan negara bergerak secara sihat dan tidak akan menjejaskan Bajet 2015.
  
Katanya kenyataan Institut Ekonomi Penyelidikan (MIER) bahawa prestasi kewangan kerajaan pada suku pertama tahun ini adalah lemah dan hutang negara telah melebihi siling adalah tidak tepat.
  
"Kalau kita lihat analisis-analisis sama ada daripada bank dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau agensi penarafan, mereka tidak memberi gambaran seperti MIER.
    

Ketika Semua Memuji Najib, Jangan Sampai Terlupa Hakikat Ini...

Shahbudin Husin, 

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/07/22/najibconferencemh17.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Ketika ini ramai yang memuji usaha Perdana Menteri, Najib Razak yang secara senyap menghubungi dan mengadakan rundingan dengan ketua militan pro Russia di Ukraine, Aleksander Borodai berkaitan tiga perkara iaitu penyerahan kotak hitam, jasad yang terkorban dipulangkan dan akses penuh ke kawasan nahas bagi memudahkan penyiasatan.

Selain pujian dari dalam negara, media luar negara juga turut memuji langkah berani dan luar biasa Najib itu yang disifatkan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia pun sebelum ini. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang lain juga turut memuji tindakan Perdana Menteri itu.

Atas rasa terharu sokongan yang diterimanya, sebaik berakhirnya sessi Parlimen khas yang mengutuk tragedi MH17 semalam, Najib dengan diiringi Muhyiddin sekali lagi mengambil langkah luar biasa dengan pergi ke tempat duduk barisan pembangkang untuk bersalam dengan Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen pembangkang.

Sejak tragedi MH17 berlaku, memang diakui ini merupakan langkah terbaik yang telah dilakukan oleh Najib, khususnya terhadap keluarga mangsa dan juga dalam usaha menuntut keadilan atas apa yang berlaku itu.

Pesawat Algeria pulak didapati hilang dari radar

 
Syarikat penerbangan Algeria, Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dengan pesawat tersebut hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam perjalanan ke Algiers.

Laporan AFP yang memetik agensi berita tempatan APS menyebut, pesawat tersebut terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas.

Menurut Reuters, APS tidak menyebut jumlah penumpang dalam penerbangan AH5017.

Laporan Reuters yang memetik kenyataan Swiftair yang berpengkalan di Madrid pula menyebut, pesawat itu aadalah pesawat Swiftair yang dikendalikan bagi pihak Air Algerie.

Sementara itu, laporan Reuters menyebut, Swiftair mengesahkan bahawa ia terputus hubungan dengan pesawat MD83 yang dikendalikan Air Alegerie.

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang dan enam orang anak kapal pada masa itu.

ASTRO ada hadiah dari ISRAEL untuk rakyat MALAYSIA pada raya nanti..!!

Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat Astro.. Saksikanlah


Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.


Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.

Sumber info dari SINI.

MH17: Apa akan jadi kepada mayat mangsa?

Keranda mayat yang membawa mangsa pesawat terhempas MH17 tiba di Belanda semalam. Gambar fail Reuters.
Sementara keranda mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari lokasi kejadian ke Belanda, tersusun dalam satu upacara rasmi yang memilukan, CNN melaporkan, berbelas saintis forensik di sebuah pangkalan tentera di sana sedang bersedia untuk tugasan berat.

Mereka akan mengenal pasti identiti mangsa yang terdiri daripada 298 penumpang dan anak kapal - termasuk kanak-kanak - yang terbunuh apabila pesawat MAS Boeing 777 yang mereka naiki terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Menurut CNN, semua jasad dan anggota badan yang ditemui di tapak kejadian itu akan dibawa ke Hilversum, Belanda, di mana sekumpulan pakar dari unit forensik kebangsaan Belanda (Landelijk Team Forensische Opsporing atau LTFO) akan melakukan sedaya upaya mereka mengecam mayat dan memulangkannya kepada waris.

"Kita tidak tahu kewarganegaraan setiap jasad," kata Jos van Roo dari LTFO seperti dipetik CNN.

"Jadi, kami cuba mengenal pasti semua mayat. Kami juga berhubung dengan negara lain untuk mendapatkan kerjasama dalam melakukannya," katanya.

LTFO berpengalaman dalam malapetaka besar lain seperti tsunami Asia pada 2004, kapal terbang Afriqiyah Airways 771 yang terhempas di Libya pada 2010 dan insiden lain di Belanda.

Van Roo memberi jaminan mereka akan terus memelihara mayat dengan baik sebagai tanda hormat kepada mangsa elak daripada menambahkan lagi kesedihan kepada keluarga mereka.

Pakar forensik: Mesti sangat teliti dan tepat

Ia satu tugas yang cermat dan teliti, kata Van Roo:"Ada banyak jasad dan anggota badan. Semuanya perlu diperiksa. Mesti teliti dan tepat. Kita mesti pastikan kita tidak tersilap dalam memulangkan mangsa kepada keluarga mereka."

Menurut CNN, pasukan ini memulakan kerja dua hari lalu di lokasi kejadian iaitu di sebuah ladang di Ukraine dekat sempadan Rusia di mana jatuhnya MH17 dan semua penumpangnya yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pakar forensik genetik, Denise Syndercombe-Court dari King's College London dilaporkan berkata, sesetengah proses pengecaman dijangka agak mudah. – 24 Julai, 2014.

MH17: Proses menyaring, melabel mayat dijangka selesai menjelang esok

KHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.

Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu.

Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.

Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.

Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.

Al-Quran 'Halimunan' Tarikan Pameran Antarabangsa

AL-QURAN 'halimuman' menjadi antara objek paling menarik dipamerkan di Pameran al-Quran Antarabangsa ke-22 diadakan di Teheran, Iran ketika ini.

Naskhah itu ditulis dengan tinta emas tetapi kalimahnya tidak akan dapat dilihat dengan mata biasa, sebaliknya perlu dibaca di bawah sinaran cahaya khas.

Sebuah laman web melaporkan, naskhah istimewa itu ditulis Mohsen Khanjari Anbouhi dan menjadi al-Quran pertama ditulis dengan dakwat khas yang tidak boleh dibaca secara biasa.

Laman web itu berkata, tulisan berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi nano digabungkan dengan dakwat emas asli.

Jurucakap penganjur berkata, dakwat unik itu hanya dapat dilihat di bawah sinar inframerah.

Naskah itu ditulis mengikut rasm Uthman dan setiap halaman berukuran 29 sentimeter kali 20 sentimeter.

Obama terpaksa hantar 2000 tenteranya masuk GAZA untuk bantu ISRAEL !!!

Gaza: Obama akan hantar 2,000 tentera ke Semenanjung Gaza bagi membantu Israel


Rabu, hari ke 16 'Operation Protective Edge' dilancarkan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terhadap penduduk Gaza menyaksikan ststistik kehilangan jiwa dipihak mereka semakin meningkat..

Lagi dua orang IDF mati dalam pertempuran dengan Hamas menjadikan jumlahnya meningkat kepada 29 orang dan seorang lagi dilaporkan hilang..

Wednesday, the 16th day of Operation Protective Edge. The IDF death toll is at 29, with another soldier MIA and claimed by Hamas to be in their hands (dead or alive). 
US Secretary of State John Kerry and UN Secretary-General Ban Ki-moon are in the region, but a ceasefire does not appear close. 
Prime Minister Benjamin Netanyahu says the operation will continue until sustained quiet is achieved for Israel and Hamas’s terrorist capabilities greatly degraded. 

Sudah Siap Tempahan Baju Raya Anda?

Dr Harith Abdul Malek

http://gorgon0.readthisstory.net/my-7990890
TIDAK lama lagi, 1 Syawal akan bertamu. Tanpa disedari, Ramadan pun berlalu. Kini, ke mana-mana sahaja kita pergi, kemeriahan suasana hari raya boleh dirasa. Lagu raya telah mula berkemundang di corong-corong radio. Tidak ketinggalan juga iklan-iklan hari raya di televisyen.

Di pasar-pasar raya, sudah kelihatan pilihan kuih raya yang berwarna-warni. Tukang jahit dan pelanggan sudah mula risau memikirkan tempahan baju raya yang masih belum disiap dijahit.

Bagaimana pula dengan kita? Sudah siap baju yang ditempah?

Baju Raya atau Baju Taqwa?

Mari kita refleksi tentang tujuan sebenar kita ibadah puasa difardukan ke atas kita. ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 183, “Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan berpuasa ke atas kamu, seperti mana yang telah diwajibkan kepada mereka yang datang sebelum kamu; semoga kamu menjadi orang yang ber-TAQWA.”

Dalam surah al-A’raaf, ayat 26, ALLAH SWT berfirman lagi, “Wahai anak keturunan Adam, sesungguhnya kami telah berikan kepada kamu pakaian yang menutup aurat dan pakaian perhiasan; dan pakaian TAQWA adalah sebaik-baik pakaian. Demikianlah sebahagian daripada ayat-ayat ALLAH, supaya kamu beringat.”

Majlis Presiden setuju MB Selangor ditukar

KENYATAAN MALAM

Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan semalam telah bersetuju dengan cadangan parti Keadilan (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor dan mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal MB.

Perkara itu dijelaskan dalam kenyataan bersama ditanda tangani Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng.

Dengan persetujuan itu bermakna Pakatan sudah mendapat konsensus untuk menerima cadangan Keadilan memecat Khalid dan diganti dengan Wan Azizan. Khalid Ibrahim tidak perlu berklu klik lagi untuk mempertahankan diri bagi menerus menjadi MB.

Bagaimana pun kenyataan tiga perenggang yang diemaikan kepada blog ini menyebut Pas dan DAP akan membawa perkara itu ke peringkat tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Disertakan kenyatan berkenaan sepenuhnya di bawah ini:

Pokok Sena - Pelajar terlantar perlukan sumbangan


Zainal dan isterinya, Aishah Wan memerlukan sumbangan bagi membiayai kehidupan anaknya, Mohd Alif yang terlantar di atas katil selepas mengalami kemalangan jalan raya.  
Zainal dan isterinya, Aishah Wan memerlukan sumbangan bagi membiayai kehidupan anaknya, Mohd Alif yang terlantar di atas katil selepas mengalami kemalangan jalan raya.

POKOK SENA - Seorang peniaga ikan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membiayai perbelanjaan anaknya yang terlantar di atas katil kerana kemalangan jalan raya hingga tidak sedarkan diri sehingga hari ini.

Zainal Che Mat, 64, dari Taman Seri Gading, dekat sini, merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membantunya membeli susu dan lampin pakai buang untuk anaknya, Mohd Alif, 17, selepas tidak sedarkan diri hampir dua bulan.

Menurutnya, selepas kemalangan anaknya itu terpaksa melakukan pembedahan di kepala bagi membuang tempurung kepala dan kini terlantar di atas katil di rumahnya.

data Kotak Hitam MH17 masih baik walaupun alami kerosakan

 

EINDHOVEN, Belanda: Penyiasat Belanda berkata alat perakam suara pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine rosak tetapi tidak dimanipulasi dan datanya masih baik.

Penyiasat Belanda menyerahkan dua kotak hitam berkenaan kepada sebuah makmal di selatan England hari ini.

Lembaga Keselamatan Belanda, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan alat perakam suara itu "rosak tetapi modul ingatannya masih baik" dan tiada tanda-tanda manipulasi ditemui.

Menurutnya, maklumat alat perakam itu akan mula dianalisis esok.

Jika MH370 berakhir di Lautan Hindi, Di manakah pula kita akan berakhir...

Dr Ismail Ibrahim

KETIKA Ramadan memasuki kepenghujung ketika ini, banyak kematian yang telah berlaku dan demikian juga, banyak orang baru, bayi, yang lahir untuk menghuni dunia ini.

Manusia pergi dan manusia datang, untuk silih berganti meninggalkan dunia ini dan kedatangan yang baru untuk menggantikan yang telah pergi, selama mana dunia ini belum berakhir dan hari kiamat belum menjelma.

Ketika Ramadan baru melangkah masuk ke hari ini, hari ke-7, kita melihat beberapa kematian berlaku di hadapan mata kita, atau di dalam pengalaman dan pengetahuan kita.

Baru semalam, kita mendengar Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal dunia. Subuh Jumaat lalu, seorang anggota keluarga, juga meninggal, minggu lepas seorang ahli keluarga meninggal, dan beberapa hari yang lalu, seorang kawan sekerja jemaah surau kami meninggal dunia, semuanya di dalam bulan puasa, di samping banyak lagi yang pergi di atas jalan raya seperti yang dapat kita baca dalam media.

Yang meninggal pula, maka kematiannya berlaku ditakdirkan oleh ALLAH SWT di dalam beberapa keadaan yang tertentu. Kawan sekerja yang meninggal, rebahnya ketika berada di pasar Ramadan pada petang hari, sedang menunaikan kewajipan untuk mencari makanan bagi keluarga berbuka puasa.

[TERKINI] Ada kapal terbang terhempas lagi selepas MH17 baru-baru ini...!!

Pesawat Taiwan terhempas, 47 dikhuatiri maut

View image on Twitter
TAIPEI, Taiwan: Sebuah pesawat yang cuba mendarat ketika ribut terhempas di luar lapangan terbang sebuah pulau kecil Taiwan hari ini dan Menteri Pengangkutan Taiwan berkata 47 orang terperangkap dan dikhuatiri maut.

Menteri berkenaan, Yeh Kuang-shih dipetik Agensi Berita Pusat sebagai berkata 11 lagi individu cedera apabila pesawat berkenaan terhempas dan terbakar ketika cubaan mendarat kali kedua.
Agensi berita itu sebelum ini melaporkan 51 orang terbunuh.

Penerbangan GE222 iaitu pesawat ATR-72 yang dikendalikan syarikat penerbangan taiwan, TransAsia Airways, dalam perjalanan dari Kaohsiung ke Penghu.

Ia terhempas di luar lapangan terbang di perkampungan Xixi. - AP

Wednesday, July 23, 2014

Pemimpin jatuh angkara nasihat kaki ampu



Gherek di bulan puasa ini agak kurang agresif berkayuh. Dalam dok membaca terjumpa satu artikel yang menarik yang disiarkan dalam Berita Harian oleh Dr Asraf Wajdi. Walaupun dr Asraf ini kuat UMNO, tapi penulisan ini bagi gherek amat menarik. Perlu dibaca oleh pemimpin dan yang menggelar mereka pemimpin.
Teruskan membaca ...
Sudah menjadi tabiat manusia, kita lebih suka mendengar pujian dan kata-kata yang baik mengenai diri sendiri. Tidak mudah untuk telinga kita menerima kritikan, apatah lagi celaan, makian atau cercaan.
Begitu jugalah dengan pemimpin. Seorang yang diberi kuasa oleh Allah SWT sering dikelilingi manusia oportunis. Mereka selalu datang dengan pelbagai cerita enak untuk didengar pemimpin berserta kata pujian melangit sama ada untuk mendapatkan ganjaran atau takut dengan tindakan pemerintah. 
Namun, orang yang sama juga yang pertama akan meminggirkan diri, bahkan mula mengeji dan menghina apabila pemimpin yang diampu hilang pengaruh, apatah lagi jika sudah tidak bertakhta. 

MH17: Pesawat bawa mayat tiba di Amsterdam

AMSTERDAM 22 Julai - Pesawat pertama dan kedua masing-masing membawa 40 mayat daripada keseluruhan 282 mayat penumpang MH17, tiba di Lapangan Terbang Eindhoven di sini sebentar. - AGENSI

Yahudi : Kaum terpilih yang tiada negara

KU HARIZ FARHAN KU AZMAN

video

KEBANGSATAN dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin semenjak 66 tahun lalu masih berterusan hingga ke hari ini. Terbaharu, umat Islam di Gaza diserang bertubi-tubi oleh rejim bacul ini ketika baru sahaja menyambut kedatangan Ramadhan 1435 H.

Dilaporkan jumlah kematian setakat hari ke-11 pertempuran, melebih angka 200 jiwa manakala ribuan yang lain mengalami kecederaan. Namun, rejim Zionis sedikitpun tidak merasa bersalah atas jenayah yang mereka lakukan ini malah mendabik dada mengaku bahawa mereka adalah pihak yang ‘mempertahankan diri’ sementara pihak Palestin dituduh sebagai pihak yang ‘menyerang’.

Ini dapat dilihat dalam kebanyakan laporan media barat dan Zionis yang rata-rata meletakkan kondisi sebegitu rupa. Masyarakat dunia dan umat Islam khususnya berasa jelik dengan permainan kotor mereka.

Mengapakah tiada rasa penyesalan dalam diri mereka apabila menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa ini? Adakah kerana mereka ini digolongkan sebagai ‘bangsa yang dipilih tuhan’ menyebabkan mereka berasa lebih mulia dari bangsa lain dan menjadi tiket untuk menindas bangsa lain yang dianggap sebagai ‘goyem’ atau binatang? Kita perlu mengkaji latar belakang sejarah bangsa mereka bagi mencari sebab musabab yang mempengaruhi tabiat dan sifat mereka pada hari ini.

Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

M FAQIH | 23 Julai 2014.

MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Sepatutnya UMNO gembira bila dikatakan WAN AZIZAH lemah, mudah sikit nak tawan PRU14..


Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.

Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.

Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.

Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.

Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.

Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.

Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?

Bukankah sepatutnya mereka gembira kerana dengan adanya Menteri Besar yang lemah dan tidak berwibawa itu akan membolehkan UMNO dan BN merampas kembali negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang?

Jika Dr Wan Azizah tidak lebih baik daripada Khalid, tidakkah ia berita baik bagi UMNO dan BN?

Jika kedudukan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang tidak dapat mengiringi dan duduk bersebelahan dengan Sultan Selangor ketika melawat masjid dan surau bakal menjadi masalah, bukankah lama-kelamaan orang Melayu dan Islam akan menolak PR dan ini memberi kelebihan kepada UMNO dan BN?

Jika Dr Wan Azizah adalah boneka Anwar dan calon nepotisme, bukankah ia menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana dalam pilihanraya akan datang pastilah pengundi Selangor akan membakul-sampahkan Menteri Besar itu?

Tetapi anehnya mengapakah para pemimpin UMNO dan BN bersunggguh-sungguh menolak Dr Wan Azizah yang lemah, tidak berwibawa dan hanya boneka itu? Bukankah sepatutnya mereka menerima berita pertukaran itu sebagai khabar gembira kerana membuka peluang untuk manawan semula negeri itu?

Atau adakah UMNO dan BN menolak tuah dan tidak mahu menang dalam pilihanraya akan datang?

Macai-macai UMNO yang bijak-pandai tolonglah jawab. ~shahbudin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...